CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Coolnya Ibu Lisa Blackpink! Cantik Macam Awet Muda

18-10-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3603| Komen: 18

Description: Ibu kepada penyanyi Lisa Blackpink mencuri perhatian netizen apabila dikatakan memiliki paras rupa yang cantik selain kelihatan awet muda.Wanita yang dikenali sebagai Ms. Manobal itu menjadi perbualan ...
Ibu kepada penyanyi Lisa Blackpink mencuri perhatian netizen apabila dikatakan memiliki paras rupa yang cantik selain kelihatan awet muda.

Wanita yang dikenali sebagai Ms. Manobal itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang memuji penampilannya menggayakan pakaian tradisional Korea Selatan iaitu Hanbok ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon baru-baru ini.


IG Lisa

Ibu Lisa itu terbang ke Seoul dari Bangkok, Thailand bagi menghadiri konsert Blackpink's Born Pink World Tour.

Ms. Manobal juga dilihat sempat bersiar-siar bersama Lisa dengan memakai pakaian sedondon dan peminat memuji kecantikan penyanyi itu datang daripada ibunya.




allkpop

Beberapa foto yang tersebar di media sosial memperlihatkan wanita itu bergaya seperti orang muda dengan memakai gaun floral serta topi selain but kulit, beg tangan dan kaca mata hitam sebagai pelangkap gaya.

"Baka yang baik, like mother like daughter! Coolnya ibu Lisa, patutlah Lisa bergaya seperti ibunya.

"Lisa memang mirip seperti ibunya," komen netizen.






Ibu Lisa berwarganegara Thailand manakala bapa tirinya berasal dari Switzerland.

Penyanyi itu merupakan anak tunggal dan sejak kecil dia membesar bersama bapa tirinya.



allkpop


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 18-10-2022 11:41 AM
Ooo baru tau.. mak orang siam.
Quote juliesha 18-10-2022 12:36 PM
abes bapak dia ke yg korea?
Quote Scheherazade 18-10-2022 01:24 PM
juliesha replied at 18-10-2022 12:36 PM
abes bapak dia ke yg korea?

dia ni xde darah korea, mmg org Thai
Quote hyie 18-10-2022 04:31 PM
sheols memang orang Thai. Sebab tu muka sheols cantik sikit, tak macam bintang kpop lain.
Quote nyoyoyenye 18-10-2022 05:07 PM
bapak kandung sheols org mana ?
Quote orkid_amani 18-10-2022 11:06 PM
Laaa..xdak baka Korea pun
patut la mata dia xsepet & dia ada kelopak mata
Quote borrow 19-10-2022 09:32 AM
tada info ttg ayah kandung Lisa. Bercerai awal , mebi deyols tada contact langsung . Tak silap umur 3 dpt ayah tiri omputeh tu.

Quote juliesha 19-10-2022 10:12 AM
Scheherazade replied at 18-10-2022 01:24 PM
dia ni xde darah korea, mmg org Thai

ohhhh iols baru tau ni..... mati mati ingat dia ada darah korea.... abes camne she dapat nyanyi masuk blackpink tu
Quote mizruncing 19-10-2022 11:05 AM
dia ni mmg thailand pon. tapi muka mmg lawa laa. bapak nye mesti mix jgk tuh. sorg lagi anggota blackpink pn sape ke nama dia tu asal US jgk xsilap. tp nak tau jgk macam mana si lisa ni boleh join blackpink
Quote makton 19-10-2022 11:06 AM
juliesha replied at 19-10-2022 10:12 AM
ohhhh iols baru tau ni..... mati mati ingat dia ada darah korea.... abes camne she dapat nyanyi ma ...

rasanya boleh mohon je mana2 company & dtg audition.klu lulus, then jadi trainee bertahun2. dlm tempoh tu pun ada audition gak sblm terpilih utk debut.

tp ada jugak yg rajin pi audition, then company nampak talent tu & dipinang terus masuk jadi trainee.
selain lisa (thai), ahli kumpulan Treasure ramai yg dari Japan. and fasih berbahasa korea.
Quote borrow 19-10-2022 01:56 PM
kompeni kpop ada buat audition kat thai. Cam Lisa & Bambam (got 7) deyols satu group menari time kecik. Pastu Lisa lulus audition YG , Bambam JYP. Minnie Gidle pun thai, ske pulak sheols siamkan lagu hwaa

Quote ayukpingu 19-10-2022 02:36 PM
kat internet pernah tengok gambar lisa sebelum surgery.
mmg thailand habis
Quote ariellin 20-10-2022 03:21 PM
terpaling suka lisa dlm BP walau org cakap dia buat ps...dont care yg penting comel cantik
Quote iolss 21-10-2022 06:46 PM
lisa lawa.. tu jelah nk ckp..yg lain2 dlm bp tu cer x mekap......
Quote tenggilingpink 23-10-2022 03:59 AM
lisa ni mmg dilahirkan sebagai boekk dancer.
music & irama punya org.
bila pasang jer lagu, she automatic can move ikut beat rentak lagu
Quote Harley_Quinn 31-10-2022 04:53 PM
I tawu dia mmg bkn org korea tp igt dia campur dgn apaknya org putih.
Rpanya pure thai. Tp elok apaknya jaga, sbb nmpk lisa mmg syg apaknya.
Quote ibugarang 31-10-2022 08:26 PM
juliesha replied at 19-10-2022 10:12 AM
ohhhh iols baru tau ni..... mati mati ingat dia ada darah korea.... abes camne she dapat nyanyi ma ...

Pegi audition under company tu la, dh bjaya so selected la jadi trainee YG.. sama mcam Bambam Got7, nie pun orang Thai jadi retis kat SK.. Lisa & Bambam tu kawan dari kecik join dancing semua..
Quote dani-rox 6-11-2022 02:06 AM
cantek tp takdalah awet muda, rupa ibu2 gituh.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.075781 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top