CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Kali Kena Covid-19, Kualiti Vokal Siti Nordiana Dikutuk Makin Teruk

18-10-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1690| Komen: 4

Tiga kali terkena jangkitan Covid-19 memberi kesan buruk pada pernafasan penyanyi Siti Nordiana terutama ketika membuat persembahan.

Disebabkan itu, Siti Nordiana, 38, menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa kualiti vokalnya merudum berdasarkan beberapa persembahan besar sebelum ini.

Foto: IG

"Kadang-kadang ada waktu penyanyi tak cukup rehat. Sebab penyanyi bukan mesin. Ada masa okay, ada masa tak sihat. Macam saya sendiri sudah tiga kali terkena Covid-19. Setiap tahun kena sejak 2020.

"Tidak dinafikan ia memberi kesan pada pernafasan. Tapi, ia bukan alasan untuk saya menyanyi main-main. Tak dinafikan ada dua tiga persembahan saya yang kurang hingga menjadi kritikan netizen di media sosial.


"Saya pula jenis tak suka nak gaduh. Kalau memang menyanyi tak sedap saya mengaku saja. Sebab saya tahu, diri ini takkan pernah sempurna," katanya kepada Harian Metro.


Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana baru muncul dengan single Menyantun Kasih hasil ciptaan komposer terkenal, Datuk M Nasir dan lirik oleh Keon Omar.

Menariknya, video muzik (MV) lagu itu sudah mencecah lebih 150,000 tontonan selain berada di kedudukan ke-13 carta trending YouTube.



"Alhamdulillah, sejak mula dilancarkan pada 14 Oktober lalu, lagu dan MV ini terus mendapat sambutan baik. Terima kasih kepada semua yang sudah mendengar dan memberikan maklum balas terhadap lagu ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 18-10-2022 11:53 AM
ada beza ke nana ni dgn covid...persembahan pentas dia tidak konsisten vokalnya...sbg penyanyi..dia kena jaga aset dia...ni nyanyi asal  boleh je..mmg la kena kecam..ce nyanyi mcm kat GV2 tu...harus org puja dan puji
Quote F685 18-10-2022 12:13 PM
Maaf ya SN & fans.
IMHO, before & after pun, kualiti nyanyian sama je.
Tapi dah ada dlm event tu layan je la.
Quote hyie 18-10-2022 02:11 PM
iya iols pon nak sebut benda sama, before and after vokal sheols tetap sama sajork. Nyanyi malas2 gitu ala2 dah jadi trademark sangat. Sheols kena fokus bila nyanyi, berdiri tegak.
Quote rosedemon 19-10-2022 09:50 AM
watevalah anan leman, xda kesan kat iols

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.030336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top