View: 1428|Reply: 4
|
Tiga Kali Kena Covid-19, Kualiti Vokal Siti Nordiana Dikutuk Makin Teruk
[Copy link]
|
|
Tiga kali terkena jangkitan Covid-19 memberi kesan buruk pada pernafasan penyanyi Siti Nordiana terutama ketika membuat persembahan.
Disebabkan itu, Siti Nordiana, 38, menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa kualiti vokalnya merudum berdasarkan beberapa persembahan besar sebelum ini.
Foto: IG
"Kadang-kadang ada waktu penyanyi tak cukup rehat. Sebab penyanyi bukan mesin. Ada masa okay, ada masa tak sihat. Macam saya sendiri sudah tiga kali terkena Covid-19. Setiap tahun kena sejak 2020.
"Tidak dinafikan ia memberi kesan pada pernafasan. Tapi, ia bukan alasan untuk saya menyanyi main-main. Tak dinafikan ada dua tiga persembahan saya yang kurang hingga menjadi kritikan netizen di media sosial.
"Saya pula jenis tak suka nak gaduh. Kalau memang menyanyi tak sedap saya mengaku saja. Sebab saya tahu, diri ini takkan pernah sempurna," katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana baru muncul dengan single Menyantun Kasih hasil ciptaan komposer terkenal, Datuk M Nasir dan lirik oleh Keon Omar.
Menariknya, video muzik (MV) lagu itu sudah mencecah lebih 150,000 tontonan selain berada di kedudukan ke-13 carta trending YouTube.
"Alhamdulillah, sejak mula dilancarkan pada 14 Oktober lalu, lagu dan MV ini terus mendapat sambutan baik. Terima kasih kepada semua yang sudah mendengar dan memberikan maklum balas terhadap lagu ini," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
ada beza ke nana ni dgn covid...persembahan pentas dia tidak konsisten vokalnya...sbg penyanyi..dia kena jaga aset dia...ni nyanyi asal boleh je..mmg la kena kecam..ce nyanyi mcm kat GV2 tu...harus org puja dan puji |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf ya SN & fans.
IMHO, before & after pun, kualiti nyanyian sama je.
Tapi dah ada dlm event tu layan je la. |
|
|
|
|
|
|
|
iya iols pon nak sebut benda sama, before and after vokal sheols tetap sama sajork. Nyanyi malas2 gitu ala2 dah jadi trademark sangat. Sheols kena fokus bila nyanyi, berdiri tegak. |
|
|
|
|
|
|
|
watevalah anan leman, xda kesan kat iols |
|
|
|
|
|
|
| |
|