Ekoran berpanjangan, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim menggesa Wafariena Roslan bertemu dengannya untuk membuat laporan secara bersemuka atau bertulis berhubung dakwaannya dipaksa melakukan aksi stunt untuk sebuah drama sehingga mengalami kecederaan.
“Saya mohon Wafariena untuk berjumpa dan membuat laporan berhubung hal ini kepada FDAM. Jika apa yang didakwanya itu benar, kami di FDAM perlu mendengar cerita di sebelah pihaknya. “Bagi pihak pengarah drama saya sudah dengar. Sebaik sahaja berita tentang Wafa tersebar di media sosial, saya terus memanggil pengarah itu datang berjumpa.
“Saya panggil dia untuk terus datang kerana saya tidak mahu pengarah dipersalahkan di dalam hal ini dan dia datang ditemani dengan eksekutif produser. Dia menunjukkan kepada saya video babak aksi stunt dijayakan Wafa,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. Ahmad Ibrahim juga berkata, pengarah itu juga memaklumkan bahawa dia telah mengikut segala prosedur yang betul penggambaran dilakukan serta turut meletakkan pad keselamatan. “Dia juga turut menunjukkan cara-cara persediaan yang dilakukan. Malah, perbincangan juga sudah dilakukan bersama Wafa sebelum penggambaran babak itu dilakukan. “Perbincangan dilakukan sebanyak tiga kali iaitu sebelum penggambaran, sewaktu ‘script reading’ dan sebelum babak itu dilakukan. Pengarah itu sudah tanya betul boleh buat. Wafa sendiri yang mahu buat dan dia kata dia boleh buat. “Malah, pengarah itu memberitahu dia ada menghubungi Wafa berhubung kecederaan sebaik sahaja penggambaran selesai tapi Wafa tidak membalasnya. Dia sendiri tunjukkan saja mesejnya itu,” katanya lagi. Jelas Ahmad Ibrahim lagi, walaupun sudah mendengar cerita di sebelah pihak pengarah tersebut, namun dia tidak boleh memberikan sebarang komen. “Saya perlu dengar juga cerita di sebelah pihak Wafa. Malah, sewaktu tersebarnya kejadian ini, saya terus hubungi Wafa menerusi FB Messengernya. Tapi, dia tak balas. Saya harap dia akan segera hubungi saya. Saya tak mahu komen apa-apa sehingga dia (Wafa) jumpa saya,” katanya. Wafariena sebelum ini mendakwa telah dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan tisu bahagian punggungnya cedera, manakala perutnya koyak serta berlaku pendarahan. Dakwa Wafariena lagi, dia kesal apabila selepas berlakunya kecederaan itu, pihak produksi dan pengarah seolah-olah lepas tangan dengan perkara itu. Akibat daripada itu dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota. Sumber: Getaran
|
Acikgomen replied at 17-10-2022 11:10 PM
Kan acik dah kata minah ni gedik je lebih
Menggelinjang kat set serupa kucing nak mengawan
Kurex replied at 18-10-2022 07:54 AM
Kau siapa pompuan??!!!
ADVERTISEMENT