CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2734|Reply: 14

'Dia Sendiri Yang Nak Buat' - Wafariena Dipanggil Bersemuka Presiden FDAM

[Copy link]
Post time 17-10-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Ekoran berpanjangan, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim menggesa Wafariena Roslan bertemu dengannya untuk membuat laporan secara bersemuka atau bertulis berhubung dakwaannya dipaksa melakukan aksi stunt untuk sebuah drama sehingga mengalami kecederaan.




IG Wafa




“Saya mohon Wafariena untuk berjumpa dan membuat laporan berhubung hal ini kepada FDAM. Jika apa yang didakwanya itu benar, kami di FDAM perlu mendengar cerita di sebelah pihaknya.


“Bagi pihak pengarah drama saya sudah dengar. Sebaik sahaja berita tentang Wafa tersebar di media sosial, saya terus memanggil pengarah itu datang berjumpa.


“Saya panggil dia untuk terus datang kerana saya tidak mahu pengarah dipersalahkan di dalam hal ini dan dia datang ditemani dengan eksekutif produser. Dia menunjukkan kepada saya video babak aksi stunt dijayakan Wafa,” katanya sewaktu dihubungi Getaran.


Ahmad Ibrahim juga berkata, pengarah itu juga memaklumkan bahawa dia telah mengikut segala prosedur yang betul penggambaran dilakukan serta turut meletakkan pad keselamatan.  


“Dia juga turut menunjukkan cara-cara persediaan yang dilakukan. Malah, perbincangan juga sudah dilakukan bersama Wafa sebelum penggambaran babak itu dilakukan.


“Perbincangan dilakukan sebanyak tiga kali iaitu sebelum penggambaran, sewaktu ‘script reading’ dan sebelum babak itu dilakukan. Pengarah itu sudah tanya betul boleh buat. Wafa sendiri yang mahu buat dan dia kata dia boleh buat.


“Malah, pengarah itu memberitahu dia ada menghubungi Wafa berhubung kecederaan sebaik sahaja penggambaran selesai tapi Wafa tidak membalasnya. Dia sendiri tunjukkan saja mesejnya itu,” katanya lagi.




IG Wafa







Jelas Ahmad Ibrahim lagi, walaupun sudah mendengar cerita di sebelah pihak pengarah tersebut, namun dia tidak boleh memberikan sebarang komen.


“Saya perlu dengar juga cerita di sebelah pihak Wafa. Malah, sewaktu tersebarnya kejadian ini, saya terus hubungi Wafa menerusi FB Messengernya. Tapi, dia tak balas. Saya harap dia akan segera hubungi saya. Saya tak mahu komen apa-apa sehingga dia (Wafa) jumpa saya,” katanya.


Wafariena sebelum ini mendakwa telah dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan tisu bahagian punggungnya cedera, manakala perutnya koyak serta berlaku pendarahan.


Dakwa Wafariena lagi, dia kesal apabila selepas berlakunya kecederaan itu, pihak produksi dan pengarah seolah-olah lepas tangan dengan perkara itu. Akibat daripada itu dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota.




Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan acik dah kata minah ni gedik je lebih
Menggelinjang kat set serupa kucing nak mengawan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangis sambil pandang camera, cringe amat. Haa, dah agak dah ada bau2 kencing di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis xtau pon ko wujud dik, sampai la nampak kat cari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-10-2022 11:10 PM
Kan acik dah kata minah ni gedik je lebih
Menggelinjang kat set serupa kucing nak mengawan

Menggelinjang mcm dlm cerita 7hm ke. Dlm tu mmg mengada2 sungguh. Menyampah nengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Michelle Yeoh dan Jackie Chan tertawa sinisss
Eh tak sama level pula nak dibandingkan

Nama pun pelakon dekkk
Naseb pengarah tak suruh awak bugil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau siapa pompuan??!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-10-2022 07:54 AM
Kau siapa pompuan??!!!

Ko bagi lagi kurex
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 08:09 AM | Show all posts
alolooo lo, tu laaa dia igt dia mampu buat semua aksi agaknya.. kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:19 AM | Show all posts
sebelum pengambaran dah sign kontrak kan...kalau filem aksyen.akan sign kontrak juga kan ttg kalau berlaku kecederaan

macam hollywood... tahun 2001 Angelina Jolie ckap dia akan buat stunt sendiri untuk beberarpa adegan dalam Tom Rider ...hanya beberapa scene je Angelina buat sendiri..mana yang merbahaya stuntwoman akan buat.

pelakon Denise richards dalam filem james bond pun sama pun scene terperangkap dalam lif penuh air dia x buat..stuntwomant buat..

ko kalau x mampu jangan buat...kalau nak buat tanggung risiko...tentu ada perjanjian..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:28 AM | Show all posts

tambah lagi @Kurex mewakili suara² hati kami
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 17-10-2022 11:10 PM
Kan acik dah kata minah ni gedik je lebih
Menggelinjang kat set serupa kucing nak mengawan

Aku maapkan dia sbb dia lawa ..ngetes tgk rupa2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:57 AM | Show all posts
Presiden ni pun... orang tu baru kuar spital... montot tak hilang kebas lagi nak suh datang sembah dia... Bukan ke ko yang patut ziarah beliau instead suh dia datang jumpa ko...

Kerek btul perangai.. And kalau minah ni pun terbukti poyo pun boleh aje ko buat statement lepas jumpa dia... Orang tu tak balas mesej ko then ko pun sama krik-krik sampailah reporter carik ek....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
laaaaa yang mana satu betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kamonla seniman. fdam ni persatuan pengarah filem kan? ofcoursela masuk belah tuan direktor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066204 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list