Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini mendapat perhatian ramai. Tular video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang bertanding sehingga mengundang perhatian ramai.
Dalam rakaman tersebut dapat dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider sedang mempersembahkan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19. Namun ramai yang kurang senang dengan lambang yang terpampang di skrin atas pentas tersebut. Mana tidaknya lambang mata satu yang simbolik dengan ‘dajal’ dan agenda illuminati.
Ramai meluahkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati pihak pengurusan membenarkan lambang tersebut berada di atas persembahan. Penggunaan lambang tersebut juga dikatakan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti agama. Bagaimanapun, ada juga tampil menjelaskan lambang yang digunakan tersebut sebenarnya diambil daripada cover album band tersohor Indonesia, Dewa19 memandangkan Asheed Def Gab C menyanyikan lagu daripada kumpulan berkenaan. Difahamkan, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani tampil memberi penjelasan dan menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati. Jelas Ahmad Dhani, sebenarnya cover dari album Cintailah Cinta sebenarnya dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalam itu. -CARI
|
hyie: alah memangnya industri muzik ...
ADVERTISEMENT