CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3051|Reply: 20

Dajal, Iluminati! Ramai Terkilan Tengok Lambang Mata Satu Di Konsert GV9

[Copy link]
Post time 17-10-2022 05:19 PM | Show all posts |Read mode
Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini mendapat perhatian ramai.


Tular video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang bertanding sehingga mengundang perhatian ramai.


Dalam rakaman tersebut dapat dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider sedang mempersembahkan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19.








Namun ramai yang kurang senang dengan lambang yang terpampang di skrin atas pentas tersebut.


Mana tidaknya lambang mata satu yang simbolik dengan ‘dajal’ dan agenda illuminati.


Ramai meluahkan kekecewaan dan ketidakpuasan hati pihak pengurusan membenarkan lambang tersebut berada di atas persembahan.







Penggunaan lambang tersebut juga dikatakan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti agama.


Bagaimanapun, ada juga tampil menjelaskan lambang yang digunakan tersebut sebenarnya diambil daripada cover album band tersohor Indonesia, Dewa19 memandangkan Asheed Def Gab C menyanyikan lagu daripada kumpulan berkenaan.


Difahamkan, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani tampil memberi penjelasan dan menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati.


Jelas Ahmad Dhani, sebenarnya cover dari album Cintailah Cinta sebenarnya dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalam itu. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri lapar tgk konsert lagho tiap minggu tak pernah miss
Sendiri menggelupor bila ternampak benda sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
I miss you, tam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:32 PM | Show all posts
alah memangnya industri muzik itu sendiri dipenuhi elemen dajei, warna purple GV, etc etc...ajl pon sama jah sis. Namun mata yang kat atas tu bersempena cover album Dewa yach. Kita memang tak boleh terlepas pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:51 PM | Show all posts
so bila nak berpiket? tunjuk perasaan depan opis astro?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MIAHAHAHAHAHA! Masa tengok GV malam tadi, aku dah dapat jangka yang netizen akan berbunyi tentang imej mata tu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie: alah memangnya industri muzik  ...

Dewa sendiri pun banyak unsur dajal..apa nak heran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa,tak puas hati je ke tengok lambang mata tu?
Ingat terus insaf tak nak tengok hiburan2 lagha dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AJL pun sama la tapi Takde netizen bunyi. Ke tak perasan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik ada logo spider kat belah kanan stage.. tolong jangan kecam tam
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 09:59 PM | Show all posts
tak perasan pun tak ada kesan pun

semalam kepom & nabil + bonda best.. aku terhibur

#donepuji
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nm pon lgu dewa mmg la ada mata satu tu.  Kulit album cintailah cinta dewa 19 tu penuh mata satu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:31 PM | Show all posts
illuminati dah soo yesteryears dah dikkkk....
ingat lagi dulu2 bbnu semua taksub sampai semua di segi tiga kan jadi illuminati etc....

dah lapukkk dah dik bangun2 lah dari khayalan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dajal kehulu kehilir
Dajal tu mata 2 satu je buta
Bukan satu mata
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiii, dari tahun 90an muzik2 dah ada, pastu gelupur reporter buat berita..saja nak hangat viral walau zaman tu xda netz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit sikit terkilan
Sikit sikit terkilan pffftt
P buka astro oasis sudahlah
Semak betul jenis party pooper cmni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:54 AM | Show all posts
lantak kome lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 10:24 AM | Show all posts
Dah tahu umat Malaysia sensitif, yang korang guna simbol yittu jgk mengapa?
Saja la tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:04 AM | Show all posts
nampak lambang dajal menggelepur..tgk konsert lagha tak menggelepur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052408 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list