SUNGAI PETANI – Tindakan empat remaja lelaki yang dipercayai mahu menguji kelajuan motosikal masing-masing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi ini.
Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu berlaku selepas motosikal dinaiki remaja terbabit secara berasingan bergesel sesama sendiri. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Butterworth, Pulau Pinang. “Dua mangsa berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Sementara dua lagi rakan mereka berusia 18 dan 19 tahun masing-masing hanya mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan mendapati keempat-empat mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan seterusnya bergesel sesama sendiri. “Motosikal ditunggang mangsa kemudian terbabas di tengah lebuh raya dengan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya. -CARI Sumber: Kosmo
|
Carcosa replied at 17-10-2022 11:36 PM
Jgn kutuk2. Nnti mak2 diorang kata, mereka anak2 yg baik dan menjaga adik2, tak lupa memberi wang da ...
She-Ra replied at 18-10-2022 09:41 AM
moga jd pengajaran utk remaja terkinja yg lain
tak memasal...
ezacbee replied at 18-10-2022 11:30 AM
Pengajaran mmg dah xmasuk dalam otak budak2 ni... Yg penting enjoy life.
Letih nak nasihat budak2 ...
ADVERTISEMENT