CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 18

Padah Nak Uji Motor Laju Ke Tak- Dua Remaja Mati, Dua Cedera Bergesel Sesama Sendiri

[Copy link]
Post time 17-10-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI – Tindakan empat remaja lelaki yang dipercayai mahu menguji kelajuan motosikal masing-masing berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi ini.


Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu berlaku selepas motosikal dinaiki remaja terbabit secara berasingan bergesel sesama sendiri.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Butterworth, Pulau Pinang.




Foto: Kosmo




“Dua mangsa berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Sementara dua lagi rakan mereka berusia 18 dan 19 tahun masing-masing hanya mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurut beliau, siasatan mendapati keempat-empat mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan seterusnya bergesel sesama sendiri.


“Motosikal ditunggang mangsa kemudian terbabas di tengah lebuh raya dengan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian,” ujarnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 04:55 PM | Show all posts
jenis  ular2 la ni
xbg org cucuk angin konon
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.
Ujian gagal
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya.. Buat la lagi ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahla...errr pdn muka jela kut..ke mcm MN?? Kehkehkeh.. ape2 pun innalillahiwainna ilaihirajiunn..ITU jela ucapan den..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 05:55 PM | Show all posts
semoga jadi pengajaran untuk orang lain
lalu lpt weekend hari tu pun
ada je budak2 yang berlumba sesama sendiri
di siang hari
follow dekat rapat plak tu
kita yang dalam kete ni plak takut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn kutuk2. Nnti mak2 diorang kata, mereka anak2 yg baik dan menjaga adik2, tak lupa memberi wang dari gaji, dan sering menasihati adik2.
Lumba2 ni hobi sahaja dan tak mengganggu sesiapa.

  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:38 AM | Show all posts
semoga tenang di sana. takut pulak dgr psl kelibat melintas dekat jalan kalau roh tak tenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 09:28 AM | Show all posts
ank opismate aku br meninggal eksiden moto..umur 19taun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:29 AM | Show all posts
Sendiri punya mahu tak boleh salahkan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:38 AM | Show all posts
ha jadikan la pgjaran ko cari nahas tggunglah akibatnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:41 AM | Show all posts
moga jd pengajaran utk remaja terkinja yg lain
tak memasal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:43 AM | Show all posts
tempat paling mudah dan murah untuk berlumba. Tol tak payah bayar, mati ada black Maria polis kutip.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
patutnya 4org skali pergi. yg lagi dua tu takkan insafnya la.
anak sedara kwn iols xcdnt moto ms merempit (neneknya kan main cite langgar lubang terjatuh) tempurung kene bukak peha patah, bahu patah masuk icu dekat 3bulan. ms dia di icu, arwah ayah i pun sama. so sesama la weols dok ruang menunggu tu mcm2 la dgr cerita versi polis tp opposite betul dgn versi neneknya
kwn iols ckp mmg takleg ckp huduh2 psl cucu sulung tu wpun peel serupa pelesit.
lepas 6bulan alhamdulillah ok, tp kaki masih berbalut dah bwk moto balik (nenek belikan baru) mlm2 pkl 1/2 pagi baru blk. mak&ayahnya cerai dok negeri lain. neneknya org kaya dan dikenali la kat area tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:24 AM | Show all posts
Carcosa replied at 17-10-2022 11:36 PM
Jgn kutuk2. Nnti mak2 diorang kata, mereka anak2 yg baik dan menjaga adik2, tak lupa memberi wang da ...

anak syurga hokay
jgn berani mengata
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:30 AM | Show all posts
She-Ra replied at 18-10-2022 09:41 AM
moga jd pengajaran utk remaja terkinja yg lain
tak memasal...

Pengajaran mmg dah xmasuk dalam otak budak2 ni... Yg penting enjoy life.
Letih nak nasihat budak2 ni. Yelah dari dulu memang ada spesis camni. Suka berlumba, tengok jelah filem rempit. Bangga kann...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cakap pdn muka mcm kejam pulak.. Kakak doakan hampa husnul khotimah je la dek.. Mati tika berjuang kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:31 AM | Show all posts
lebih baik mati di usia muda sebelum menyusahkan org di kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 12:40 PM | Show all posts
ezacbee replied at 18-10-2022 11:30 AM
Pengajaran mmg dah xmasuk dalam otak budak2 ni... Yg penting enjoy life.
Letih nak nasihat budak2 ...

itulah.. payah jgk kan bila dh jd sesuatu, baru masuk dlm otak kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074476 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list