CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut, Seorang Lagi Parah Motosikal Bertembung Elak Pokok Tumbang

16-10-2022 07:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1115| Komen: 3

Seorang pekerja Rahman Hydraulic Tin, Klian Intan maut manakala seorang lagi lelaki yang bekerja di tempat sama parah dalam kemalangan ketika cuba mengelak pokok tumbang di Kilometer 16 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik, hari ini.


Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Zulkipli Ibrahim berkata, mangsa, Mohamad Shah Abd. Hamid, 45, dari Kampung Charuk Shikin, Kupang, Baling, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohamad Shahfudfin Mohamad mengalami kecederaan parah di kepala.


Lokasi kemalangan - UTUSAN

“Siasatan awal mendapati Mohamad Shah yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan ke tempat kerja di Rahman Hydraulic Tin, dipercayai cuba mengelak sebatang pokok tumbang yang melintang jalan di laluannya dan masuk ke lorong bertentangan.


“Pada masa sama, Mohamad Shahfudfin yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu bertembung,” katanya  ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zulkipli, akibat pertembungan tersebut, Mohamad Shah  meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, Mohamad Shahfudfin yang mengalami cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Daerah Baling untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, keadaan cuaca hujan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 16-10-2022 11:46 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Sesungguhnya ia adalah milik Allah dan kepada-Nya lah ia akan kembali.
Quote Page88 17-10-2022 06:59 AM
Rest In Peace.
Quote RinIna 17-10-2022 12:35 PM
Ya Allah kesiannya.. Innalillahiwainnailaihirojiun...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.525211 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top