"Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta memakai oksigen bagi stabilkan pernafasan." Ibu kepada penyanyi Aiman Tino, Hazelina Mat Jalil memaklumkan anaknya itu dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.
Aiman yang mengalami gejala batuk berpanjangan dimasukkan ke hospital pada Sabtu untuk pemeriksaan lanjut. "Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. "Saya juga nasihatkan dia kurangkan atau berhenti terus dari menghisap vape kerana bimbang akan mengganggu kesihatannya," katanya kepada Harian Metro.
Risau katanya melihat keadaan Aiman dan memohon semua peminat mendoakannya agar segera sembuh dan sihat seperti sedia kala. - CARI
|
Olumis replied at 16-10-2022 06:47 PM
Macam x seswai ja muka tu hisap vape
sleepandream replied at 16-10-2022 11:36 PM
dolu ada budak sakit terlantar dekat hospital minat aiman tino ni...
heols buat surprise dtg melawat ...
belacan_gurl: Dia nih dah xde kuar lagu baru ...
Adrif replied at 17-10-2022 12:08 AM
mak datuk surprise visit 10k cash
sebenarnya, aku ni peminat aiman tino jugak. lama dah, sebelum ...
LadyCarefree replied at 16-10-2022 10:13 PM
Ooooo vape.
ADVERTISEMENT