View: 1971|Reply: 21
|
Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital
[Copy link]
|
|
Sukar bernafas, Aiman Tino masuk hospital
Aiman kini dilaporkan stabil dan mendapat bantuan pernafasan daripada tabung oksigen. Foto FB Hazelina Mat Jalil
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setapak di sini, semalam selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menjelaskan keadaan anaknya, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil berkata, Aiman mengalami gejala batuk berpanjangan.
"Risau dengan keadaannya itu, kami bawa Aiman ke hospital untuk buat pemeriksaan.
"Aiman kemudian ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut.
"Pemantauan juga dibuat bagi memastikan sama ada berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya," katanya kepada BH Online.
Hazelina berkata, anaknya dikhuatiri terkena serangan asma walaupun dia tidak mempunyai sejarah penyakit berkenaan.
Ibu Aiman risau kecenderungan anaknya menghisap vape menjadi punca batuk berpanjangan yang dialaminya. Foto FB Hazelina Mat Jalil
"Saya pernah nasihatkan Aiman supaya kurangkan atau berhenti daripada menghisap vape kerana bimbang kesihatannya terganggu.
"Alhamdulillah, Aiman kini stabil dan perlu berehat serta menggunakan tabung oksigen untuk menstabilkan pernafasan," katanya.
Sebagai ibu, dia mengakui amat risau dengan keadaan yang menimpa anaknya itu.
Justeru, Hazelina berharap peminat dapat mendoakan kesejehteraan Aiman dan diberi kesembuhan segera.
"Hati ibu mana yang tidak risau setiap kali anak-anak sakit. Saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil apabila mereka sakit.
"Sebab itu, saya lebih suka minta mereka segera dapatkan rawatan supaya doktor dapat memantau kesihatan mereka," katanya.
Berita mengenai Aiman dikongsi Hazelina menerusi hantaran Facebook (FB) kira-kira sejam lalu.
Melalui perkongsian itu, Hazelina memuat naik foto penyanyi Ku Rela Dibenci itu sedang terbaring di katil dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Tertera di foto itu adalah kapsyen ringkas berbunyi:
"Mak doakan Aiman Cepat Sembuh."
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... tino-masuk-hospital
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam x seswai ja muka tu hisap vape |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis replied at 16-10-2022 06:47 PM
Macam x seswai ja muka tu hisap vape
Hbs tu sesuai hisap apa uolsss??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau dlm gambar atau dlm TV, mesti muka berbedak 3 shades lighter than his skin
Kemain gomak |
|
|
|
|
|
|
|
dolu ada budak sakit terlantar dekat hospital minat aiman tino ni...
heols buat surprise dtg melawat... suke budak tu...
aiman siap bg sumbangan cash rm10k tak silap... |
|
|
|
|
|
|
|
mak datuk surprise visit 10k cash
sebenarnya, aku ni peminat aiman tino jugak. lama dah, sebelum dia lahir aku dah follow lagu2 dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia nih dah xde kuar lagu baru ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ni org ke3 aku dgr masuk spital sebab sesak nafas gara² penggunaan vape tegar. Sorg kenalan tu sampai icu lah |
|
|
|
|
|
|
|
Comel ya aiman. Dah takyah isap vape dah lepasni |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl: Dia nih dah xde kuar lagu baru ...
Dia slalu berlakon skang ni..at least ada la nampak muka dia kat tv takde la terus pupus gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Baru semalam iols nyanyi lagu si aiman ni..ku inginku di benci olehmu..agar kenangan manis terus terpadam... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang amek pod / vape sebab nak stop rokok. tapi tengok macam pod dengan vape ni lagi bahaya. Muda muda ramai yang dah kena tebuk atau kena masuk hospital sebab lesan pod / vape. After all hanya oksigen je sepatutnya masuk ke lung. |
|
|
|
|
|
|
|
antara penyanyi comel original.. antara artis malaysia muda cukup pakej.. yg pompuan toksah cite la pepelik byk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhi Vape, Rokok, Nikotin, Dadah, Inhalan. Hidup anda akan ceria. Hisap Hidup Anda akan sengsara. Ini kata-kata penasihat hidup sihat hati ceria???? |
|
|
|
|
|
|
|
Aiman n Ismail izaini tu muka lebih kurang jer...confuse kadang2 |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 16-10-2022 10:13 PM
Ooooo vape.
Vaksin?........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|