Pemuda Umno berpendapat isu-isu dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular di media sosial sejak semalam wajar diberi perhatian.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, silibus bagi sekolah rendah terlalu tinggi dan ia bukan saja memberi kesukaran kepada pelajar, malah guru dan ibu bapa. "Apa yang dibangkitkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini ada asasnya. Contohnya, isu silibus syok sendiri yang terlalu tinggi dan padat sebagaimana yang dibangkitkan beliau," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Malam tadi, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas. Beliau yang juga guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan dirinya boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan. Loading FB Post... Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menyifatkan topik berkaitan takaful tidak sesuai diajar di peringkat sekolah. "Saya hampir 10 tahun mengajar subjek kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan kepada pemain industri perbankan, takaful dan kewangan dulu pun, apabila masuk bab takaful bukan mudah," katanya. Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi apabila anaknya yang berada di tahun enam turut berdepan masalah memahami subjek matematik. "Isteri saya juga seorang profesor dalam bidang Takaful di UIAM pun jenuh nak terangkan kepada anak kami darjah 6 bila balik rumah tanya pasal insurans atau takaful dalam subjek matematiknya. "Apakah jaminan cikgu di sekolah juga faham mengenainya," katanya. Susulan hantaran dimuat naik Mohd Fadli, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin turut menyatakan hasrat berjumpa guru berkenaan. Loading FB Post... Katanya, beliau memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru terbabit. Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 16-10-2022 07:28 PM
Rumah cikgu mengadap laut
Bestnya
casper2022 replied at 16-10-2022 01:35 PM
kesian budak2 yg 3M -membaca,menulis ,mngira pon merangkak.Cmna nk kejar silibus aras tinggi . Dlu e ...
VespaSilbe replied at 16-10-2022 08:33 AM
Bukan takat math.. pendidikan seni pun cam hapa ntah.. mengarut lahai.. campuq membazir.. kalau ikut ...
dua_chzy replied at 16-10-2022 09:39 PM
Napa chuol rasa Pendidikan Seni membazir? Kat tadika dan sekolah Cina aku tengok meka pentingkan s ...
VespaSilbe replied at 16-10-2022 02:45 PM
Bukan.. bukan gitu cikgu.. iols paling suka budak2 ni buat seni..
anak meols pun masa kat Penang ...
ADVERTISEMENT