CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3256|Reply: 54

Silibus Sekolah Rendah Terlalu Tinggi, Apa Jaminan Cikgu Faham Subjek Diajar? - Asyraf Wajdi

[Copy link]
Post time 16-10-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda Umno berpendapat isu-isu dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh yang tular di media sosial sejak semalam wajar diberi perhatian.


Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, silibus bagi sekolah rendah terlalu tinggi dan ia bukan saja memberi kesukaran kepada pelajar, malah guru dan ibu bapa.




Foto: Asyraf




"Apa yang dibangkitkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini ada asasnya. Contohnya, isu silibus syok sendiri yang terlalu tinggi dan padat sebagaimana yang dibangkitkan beliau," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Malam tadi, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.


Beliau yang juga guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan dirinya boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan.







Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menyifatkan topik berkaitan takaful tidak sesuai diajar di peringkat sekolah.


"Saya hampir 10 tahun mengajar subjek kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan kepada pemain industri perbankan, takaful dan kewangan dulu pun, apabila masuk bab takaful bukan mudah," katanya.


Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi apabila anaknya yang berada di tahun enam turut berdepan masalah memahami subjek matematik.








"Isteri saya juga seorang profesor dalam bidang Takaful di UIAM pun jenuh nak terangkan kepada anak kami darjah 6 bila balik rumah tanya pasal insurans atau takaful dalam subjek matematiknya.


"Apakah jaminan cikgu di sekolah juga faham mengenainya," katanya.


Susulan hantaran dimuat naik Mohd Fadli, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin turut menyatakan hasrat berjumpa guru berkenaan.







Katanya, beliau memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru terbabit.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan takat math.. pendidikan seni pun cam hapa ntah.. mengarut lahai.. campuq membazir.. kalau ikut contoh kat buku teks tak pernah aku tak maki bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la risau cikgu2 tak paham.. deme dah tua bangka pun masih continue pegi skolah tau dak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmng susah..aku pun tk tau nk ajar cemana. Cukuplqh aku ajar anak aku cara berfikir..when u know how to think everything will thinkable kalau rk bole pikir do it later when you find the answer if not no need to waste time. Aagitu..oo trg may doter tnya..mak apa nama ikan ni haritu akak ckp ikan ni ikan tongkol pdhal ikan cencaru. Aku jwb..i donno..my silibus as a parents only to teach whatever you need to know..nama2 ikan tu tk termsuk dlm silibus. Ngader..nama ikan pun tk tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 05:43 PM | Show all posts
Bab insurans utk F5 pun aku rasa ngarut apatah lagi utk budak primary.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu cikgu ni menandakan..sekarang la masa yg sesuai utk mintak apa2 daripada kerajaan..

Tawaran tamat selepas mereka menang PRU
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 hero
Nk2 pru dh dkt

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah cikgu mengadap laut
Bestnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi, budak2 ni bila spm, elok je result diorg. Siap makin bertambah yg straight As. Apa yg susahnya? Ke sekolah rendah je yg problem?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-10-2022 07:28 PM
Rumah cikgu mengadap laut
Bestnya

Betui ka itu rumah dia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak2 yg 3M -membaca,menulis ,mngira pon merangkak.Cmna nk kejar silibus aras tinggi . Dlu elok dh kukuhkan 3M dlu. Skrg ntah apa2 .
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh cilakak tiba2 nak mencapub.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
casper2022 replied at 16-10-2022 01:35 PM
kesian budak2 yg 3M -membaca,menulis ,mngira pon merangkak.Cmna nk kejar silibus aras tinggi . Dlu e ...

Eh sekarang pun masih berjalan program pengukuhan 3M. Macam2 program dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 16-10-2022 08:33 AM
Bukan takat math.. pendidikan seni pun cam hapa ntah.. mengarut lahai.. campuq membazir.. kalau ikut ...

Napa chuol rasa Pendidikan Seni membazir? Kat tadika dan sekolah Cina aku tengok meka pentingkan sangat penerapan ilmu seni dan kreativiti ni kat bebudak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Topik insuran dan takaful tu tak silap akak berterusan hingga sekolah menengah. Silibus Form 4 Maths sekarang hada topik pengurusan kewangan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 16-10-2022 09:39 PM
Napa chuol rasa Pendidikan Seni membazir? Kat tadika dan sekolah Cina aku tengok meka pentingkan s ...

Bukan.. bukan gitu cikgu.. iols paling suka budak2 ni buat seni..
anak meols pun masa kat Penang mmg hantar p kelas seni kat cikgu ceena.. sebab kat sekolah mmg time ps cikgu mengajar subject lain

Cer cikgu tgk kat buku teks.. yg kecik ni darjah 4
banyak pakai bahan.. bahan yg boleh membebankan pada iols untuk yg tak berkemampuan

Rumah iols ada je semua bahan tu

Kalau ikut arahan dalam buku teks tu selalu tak jadi .. iols terpaksa tlg tambah hot glue ke dabel sided 3m etc

Tatau le nak bagitau camna cikgu.. selalu gak layan layan art n craft omputih.. buku pun beli.. tapi buku teks ni .. hmm.. iols kecewa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
VespaSilbe replied at 16-10-2022 02:45 PM
Bukan.. bukan gitu cikgu.. iols paling suka budak2 ni buat seni..
anak meols pun masa kat Penang  ...

Oooo ye la aiol lupa hat buku teks tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai dahhhhh… ko pun mula la kan nak tunjuk hero pd benda viral. Podahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn riso..ckgu2 paham je nk ajar apa. Mslh.skang..penerimaan budak2 tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Oiy..bru muncul .slama ni bertapa kat gua mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.307088 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list