Siti Nordiana berbangga dengan jolokan penyanyi ‘leman’ atau lagu mendayu-dayu sehingga kekal menjadi forte dirinya hingga ke hari ini.
“Gelaran ‘leman’ diberikan Datuk Ramli MS sewaktu Gegar Vaganza dan melekat sampai sekarang. Lagu sebegitu memang sebati dengan saya. Ikutkan saya bangga, tiada sebab pun untuk saya berasa malu dipanggil penyanyi ‘leman’. “Dari dulu pun banyak lagu saya yang mendayu-dayu. Bukan tak boleh bawa lagu lain, tapi peminat lebih suka saya nyanyikan lagu begini. “Apa pun sesekali saya rebut juga peluang untuk muncul dengan single baharu yang lari daripada konsep tangkap leleh. Kena cabar diri daripada ruang selesa dan buktikan kita boleh,” katanya selepas usai pra dengar single baharunya berjudul Menyantun Kasih, ciptaan Datuk M. Nasir.
|
ashilalat replied at 14-10-2022 07:48 PM
See..dari artikel ni je dah nampak ada beza kan antara penyanyi gred A+ gred A dgn gred C.
...
apikwaeh replied at 14-10-2022 10:16 PM
Mcm hati jugaklah ada gred A+, A, B, C, D, F
Tu tuhan yg tentukan. Kalau x bertobat mmg F
refleCtion replied at 14-10-2022 11:11 PM
Gitu ke...
Artis yg lagi sendu mcm Jeslina hashim, sheila abdul, Idayu ada je rakam lagu M Nasir...s ...
ashilalat replied at 14-10-2022 11:12 PM
Jangan la sentap sebagai karatz nana. Biasa lah. Sedangkan ujian SPM pon ada gred A, B, C. Sama la ...
ADVERTISEMENT