View: 4369|Reply: 38
|
Lima tahun Siti Nordiana tunggu M Nasir
[Copy link]
|
|
Lima tahun Siti Nordiana tunggu M Nasir
Siti Nordiana
Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Siti Nordiana bangga dan berbesar hati apabila dapat merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir iaitu Menyantun Kasih.
Siti Nordiana, 38, yang mesra disapa Nana berkata, dia menunggu hampir lima tahun sebelum M Nasir yang mendapat jolokan sifu itu bersetuju memberikan lagu.
"Boleh dikatakan saya insan terpilih juga. Semasa minta lagu tu, dia ada cakap bolehkah menyanyikan lagu saya. Gigil juga mendengar soalan tu. Bukan apa saya kan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu 'leman'. Saya pun cakap ubah suara menjadi lain semata-mata untuk lagu itu. Janji saya dapat lagu M Nasir.
"Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah dah minta, tapi baru tahun ni dia bersetuju," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Nana ditemui pada Majlis Santai Media Sempena Pelancaran Lagu dan Video Muzik Menyantun Kasih yang diadakan di sebuah hotel terkemukam. di sini, hari ini.
Menurut Nana, dia perlu melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai lalu sebelum M Nasir berpuas hati.
"Untuk lagu ini saja empat kali saya masuk studio rakaman. Semua pada hari berbeza. Setiap sesi antara lima hingga enam jam. Memang lama.
"Dia sangat teliti. Apabila dah rakan kali pertama, ada bahagian lain yang dia cakap boleh diperbaiki lagi. Sampailah kali keempat baru dia puas hati.
"Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya," katanya.
Lagu Menyantun Kasih ciptaan M Nasir dan lirik oleh Keon Omar adalah kerjasama pertama mereka.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... iana-tunggu-m-nasir
|
|
|
|
|
|
|
|
Ternampak tadi di YouTube
Puitis sgt lirik sampai tak faham langsung. Huhu bukan level I. Lagu pula mmg M.Nasir punya style lah
Tahniah dpt lagu M.Nasir |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 14-10-2022 07:48 PM
See..dari artikel ni je dah nampak ada beza kan antara penyanyi gred A+ gred A dgn gred C.
...
Mcm hati jugaklah ada gred A+, A, B, C, D, F
Tu tuhan yg tentukan. Kalau x bertobat mmg F
Raikan jelah kepelbagaian suara, bakat
Kalau teruk sgt mesti awal2 Dato dah reject or tutup pintu terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak Siti Nordiana ni penyanyi yg rajin dan komited. Teruskan usaha anda Nana |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm lagu jawa je. X brapa kena dgn telinga aku |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah lah. Macam tak berapa nak kena kot? Mungkin sebab genre Nana lain, M Nasir lain.
Brain dah tak boleh nak set semula. HAHAHAH |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by a5h91 at 14-10-2022 11:08 PM
lirik lagu ni puitis tp lagu ni xleh nk sing-along.tak kena dngn telinga. semoga lgu ni ada tmpt dlm AJL @ AIM. |
|
|
|
|
|
|
|
elemen jawa. mmg stail m nasir. bole la nana buat kelainan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni suara x sedap la mcm kepit gitu tp rezeki la zmn skg x rmai penyanyi bagus… tu yg leh naik tu buat nya zmn remaja dulu mmg kau skadar penyanyi picisan je lah…. |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu ke...
Artis yg lagi sendu mcm Jeslina hashim, sheila abdul, Idayu ada je rakam lagu M Nasir...susah sangat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apikwaeh replied at 14-10-2022 10:16 PM
Mcm hati jugaklah ada gred A+, A, B, C, D, F
Tu tuhan yg tentukan. Kalau x bertobat mmg F
Jangan la sentap sebagai karatz nana. Biasa lah. Sedangkan ujian SPM pon ada gred A, B, C. Sama la juga nyanyian. Kita boleh gredkan kemampuan org. Sbb tu Nana ni jatuh dalam gred C je.
Dari cerita dia je, dah dpt baca betapa M.Nasir x begitu berpuas hati dgn hasilnya. Awal2 pon M.Nasir dah ragu². Bila dah rekod, kena pulak rekod ulang kali. Itu pon agaknya M.Nasir x betol² puas hati.
Bab gredkan hati org, x payah la amik keje tuhan. Tu keje tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
refleCtion replied at 14-10-2022 11:11 PM
Gitu ke...
Artis yg lagi sendu mcm Jeslina hashim, sheila abdul, Idayu ada je rakam lagu M Nasir...s ...
Sendu x semestinya x berkualiti..popular tak semestinya berkualiti. Bonus la kalau dapat yg popular dan berkualiti. Adat la industri hiburan, selera pelbagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya komposer pon ade expired date dia kot eh. Dh habis ilham. I tak rasa lagu2 M Nasir baru sedap. Last lagu m nasir yg best lagu awan nano |
|
|
|
|
|
|
|
dah dengar petang tadi sebab kawan iols karatz siti nana. Tak sedap di telinga meols dan malas nak dengar lagi. Mendengar siti nana menyanyi macam takda satu kepuasan gitu, dia terlalu ringan dan tak sampai ke jiwa. Bukan sheols tak bagus, tapi suaranya halus sangat. Gitulah pendapat 20sen meols yach |
|
|
|
|
|
|
|
dari dolu lagi tok nasir ada je lagu heols buat tak sedap...
and kalau dgr balik certain lagu hits heols tanpa vocal (muzik semata2), biasa2 jah... kena match dgn penulis lirik mcm arwah loloq yg buat lagu tu jadi best..
macam KRU jugak... ada sedap ada tak sedap...
utk lagu nana ni... jujur tak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 14-10-2022 11:12 PM
Jangan la sentap sebagai karatz nana. Biasa lah. Sedangkan ujian SPM pon ada gred A, B, C. Sama la ...
Iols ok je.. Cuma jgnlah cepat judge tanpa tau cerita. Tak kisahlah uols nak gredkan apa
Masuk bnyk kali pun sebab lagu tu dato masukkan elemen itu ini sikit2.. X complete. Bkn ada templete. Ciptaan khas utk nana. Some more komitmen dato dgn nana selalu tak sama
Diakui vokal sheols bkn jenis berlawan tarik suara.. jenis leman2... Tapi sheols baik komited dgn kerja tak bnyk karenah mungkin antara sbb dato terima walaupun permintaan dari artis lain sgt bnyk. Diakui dgn media
Kesian.. Sheols pun nk cari mkn tanggung anak dan family. Nak kata fans pun x jugak cuma iols ada soft spot kat nana |
|
|
|
|
|
|
|
Lirik tu puitis mmglah puitis tp errrr sekali jelah dgr. Terlalu berat utk telinga aku. Angkara bertiang lbh sedap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|