CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Tanda Cekikan, Pelajar Malaysia Mati Dibunuh Di Taiwan

15-10-2022 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4917| Komen: 49

Keluarga seorang wanita warga Malaysia berusia 24 tahun yang mati dibunuh di Taiwan, telah terbang ke negara itu untuk menguruskan pengebumiannya.

Pengarah bahagian akhbar dan media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (Teco), Benjamin Hong Zheng-bin berkata, keluarga itu telah menyelesaikan semua prosedur yang diperlukan untuk terbang ke Taiwan serta-merta selepas dimaklumkan.

Keluarga itu juga enggan didedahkan kepada umum atas tujuan privasi, tambahnya.


Foto: The Star

"Jadi kami tidak akan berkongsi mengenai perjalanan mereka," katanya kepada Sin Chew Daily pada Jumaat.


Hong berkata Teco telah membuat persiapan untuk membantu keluarga mangsa sebaik tiba di Taiwan.

Memandangkan rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa atau mematuhi kuarantin semasa tiba di Taiwan, Hong berkata keluarga itu boleh mengendalikan urusan pengebumian dengan segera.

Pada Khamis, media tempatan melaporkan bahawa seorang pelajar Malaysia, yang nama keluarganya hanya dikenali sebagai Cai, ditemui mati di apartmennya di Taipei.

Terdapat tanda-tanda mangsa mati akibat cekikan.

Pada kira-kira pukul 5 petang hari yang sama, polis di sana menerima maklumat bahawa seorang lelaki berusia 30 tahun bernama Chen yang terlebih mengambil ubat, mengaku kepada paramedik bahawa dia telah mencekik seorang wanita di Jalan Dadong di daerah Shilin, Taipei City.

Polis kemudian menemui mayat Cai di pangsapuri.

Chen, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sebuah hospital, telah sedarkan diri.

Bagaimanapun, keadaannya masih tidak stabil untuk dirakamkan kenyataan.

Polis Taipei berkata siasatan sedang dijalankan.

Menurut Sin Chew Daily, Cai yang berasal dari Serdang, Selangor, pergi ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Ming Chuan.

Mendiang juga pernah bekerja sebagai model dan live streamer. - CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote H0rr0rfan 15-10-2022 04:09 PM
Ni dah kali ke berapa student Malaysia pergi ke Taiwan kena bunuh.
Quote gigahertz 15-10-2022 07:37 PM
H0rr0rfan replied at 15-10-2022 08:09 AM
Ni dah kali ke berapa student Malaysia pergi ke Taiwan kena bunuh.

Diorang rasis ingat taiwan bagus taiwan handsome ambik kau kena cekik
Quote musangbodoh 15-10-2022 09:04 PM
ot
staff boss jamess pun sambung blajaq kt sana
Quote Carcosa 15-10-2022 09:56 PM
Screenshot_20221015_215435.jpg

Ohhh, boipren dia ke
Kenal kat media social katanya. Ujung2 nak commit suicide, Sekali tak mati Nasib lah ko masuk jail
Quote dani-rox 15-10-2022 10:03 PM
gigahertz replied at 15-10-2022 07:37 PM
Diorang rasis ingat taiwan bagus taiwan handsome ambik kau kena cekik

entah lerr... biarlah mati dicekik lelaki hensem, drpd dicekik jantan huduh dan buroks
Quote Supersirap 15-10-2022 10:07 PM
Semoga si pelaku dapat ditangkap dan dihukumi, salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote redz85 15-10-2022 11:01 PM
kesian nya amoi tu.. bayang kan kalau adik beradik.. anak kita
Quote rogayahtop 16-10-2022 01:11 AM
tahun ni bnyk news amoi leng chai arwah overseas, sedih dgr jadi mangsa org2 luar yg target malaysians ni.

reputasi rakyat malaysia dekat luar ni baik2.
Quote I.K.A888990 16-10-2022 03:13 AM
salam takziah
Quote ellejo 16-10-2022 05:20 AM
dani-rox replied at 15-10-2022 02:03 PM
entah lerr... biarlah mati dicekik lelaki hensem, drpd dicekik jantan huduh dan buroks

at least kalo kita jadi hantu berdendam berbaloi la juga kan dok kejar heshe hujung dunia. dok hantui heshe 3 keturunan sekali pun.

ini rupa dahlah buruk kita pun tak sudi nak bangun balik jadi hantu.
Quote 3chanceno 16-10-2022 07:12 AM
gigahertz replied at 15-10-2022 07:37 PM
Diorang rasis ingat taiwan bagus taiwan handsome ambik kau kena cekik

Yindon pun suka kerja di sana tak kira sebagai bibik atau kerja2 lain....yang lelaki yindon ramai kerja sebagai tukang masak.

Salam takziah pada famili..
Quote printercomel 16-10-2022 07:30 AM
Choke me daddi gone wrong?
Quote Tinot7 16-10-2022 07:57 AM
dani-rox replied at 15-10-2022 10:03 PM
entah lerr... biarlah mati dicekik lelaki hensem, drpd dicekik jantan huduh dan buroks

Ayat hang ni hampir sebijik mcm ayat anak buah iols dgn mak dia.. lebih baik ditinggalkan jantan hensem drp jantan buyuk, katanya..
Mepek jahhss..
Pastu merempan suami yg dia dpt la ni rupa mcm org kuala..
Quote hayrin86 16-10-2022 08:59 AM
gigahertz replied at 15-10-2022 07:37 PM
Diorang rasis ingat taiwan bagus taiwan handsome ambik kau kena cekik

Mau juga mereka bersikap rasis kan..

Quote rosedemon 16-10-2022 10:55 AM
takziah le tp ada aku kesah
Quote jiwasemangat 16-10-2022 11:25 AM
Betol ker.. tak caya lah.. sama² cainis.. takkan laa dia org pon boleh rasis..
Quote Page88 16-10-2022 05:52 PM
Rest In Peace.
Quote dani-rox 16-10-2022 07:10 PM
ellejo replied at 16-10-2022 05:20 AM
at least kalo kita jadi hantu berdendam berbaloi la juga kan dok kejar heshe hujung dunia. dok han ...

tu la, kat mana2 jer jantan hensem ni berada di situ la kita munculkan diri. dlm gambar pun ada kat sebelah, tunjuk mini love bagai. masa dia beromen dgn pompuan lain pun, kita ada kat tepi sambil jd pengulas... "wah doggy la pulakk..." sampai la dia tension takda mood hahahaha padan muka.

Quote dani-rox 16-10-2022 07:15 PM
Tinot7 replied at 16-10-2022 07:57 AM
Ayat hang ni hampir sebijik mcm ayat anak buah iols dgn mak dia.. lebih baik ditinggalkan jantan h ...

lerr... tak hensem ke org kuala tuh?  

yalorr... ditinggalkan jantan hensem memang la sedih dan sakit hati tp memang dah dijangka pengakhirannya. saingan perempuan lain ramai. tapi jantan hodoh tak sedar diri tetiba dump ngko sbb ada pompuan lain sangatlah mengejutkan dan ambik masa kepala hotak nih nak compute

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047171 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top