CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raub Selalu Tak Ada Air, Nak Memerut Pun Susah- Fizz Fairuz Nak Bertanding PRU-15?

15-10-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1759| Komen: 18

"Tengah fikir bolehkah saya bertanding di Raub atau Bentong, Pahang sebagai Ahli Parlimen sana. Ada yang sokong tak? Bukan apa, Raub selalu tidak ada air. Jam 11 malam saja air tak ada, nak 'memerut' pun susah. Nak kena tadah air. Jadi, kita ni selalu buat aduan juga, tapi susah nak jawab. Isu air orang Raub ni harus diatasi secepat yang mungkin. Kalau tak saya masuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)."


Itu hantaran dimuat naik pelakon Datuk Fizz Fairuz yang mana sekiranya bertanding pada PRU-15 akan datang dia mahu menyelesaikan masalah air di dua daerah itu.

Foto: IG

Malah, perkongsian itu disambut baik oleh kebanyakan pengikutnya di Instagram yang berasal dari kawasan itu.


Fizz, 43, atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, hantaran dimuat naik bagi menyatakan rasa kecewa apabila isu masalah air masih belum selesai biarpun sering bertukar kerajaan.



"Kalau diberi kesempatan nak juga masuk bertanding, orang lain pun masuk bertanding juga tapi dapat selesaikan masalah? Maksudnya begitulah. Hantaran saya itu kerana bila kita dah bertukar-tukar kerajaan ini tapi hasil masih sama saja lagi. Kalau baca di ruangan komen, ada yang anaknya sekolah dari 2017 lagi sampai sekarang masalah air di Raub ini masih macam tu juga, tiada perubahan. Jadi, kita mahukan perubahan.

"Siapa pun yang akan mentadbir selepas ini, air di Raub itu perlu diselesaikan. Rasanya dah lama sangat masalah ini. Kalau ada badan atau pihak yang memerlukan bantuan atau sokongan, saya boleh berikan, tiada masalah. Tolonglah, masalah air ini sudah lama sejak 2007 sampai sekarang tiada perubahan, malam saja tak ada air. Perkara sebegitu perlulah diselesaikan takkanlah nak pakai alasan sama setiap tahun," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Fizz, dia sedia membantu untuk meringankan beban rakyat.

"Kalau boleh selesaikan masalah yang membabitkan perkara harian. Perkara ini yang saya nak suarakan. Berkenaan bertanding ataupun tidak itu soal nombor dua kerana masalah rakyat perlu disegerakan. Saya bersuara bagi pihak kampung saya sendiri.



"Kalau saya berkesempatan menjadi Ahli Parlimen atau Adun, perkara sebegini yang perlu diselesaikan. Saya sebenarnya nak ketengahkan perkara ini sudah lama tapi malas nak bersuara sangat. Tapi bila membabitkan isu air yang dah lama ini jadi saya macam terdetik untuk keluar lagi pun kita dah nak mula PRU. Rasanya dah banyak kali PRU pun masalah sama tetap ada setiap kali bertukar kerajaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 15-10-2022 03:52 PM
Peqat benar wajah kampung dia...
Quote cahaya_almas 15-10-2022 04:11 PM
Kalau dia jadi yb dia boleh settlekan mslh air ke?
Quote ezacbee 15-10-2022 04:14 PM
Nanti alasan tiada peruntukan..
Quote Itzy 15-10-2022 04:59 PM
Kalau aku jadi pm memang aku dah lama settlekan semua masalah penting negara. Tapi sayang aku x minat jadi ahli politik, aku cuma minat hal politik. Aku masih ingat ada sorang arwah mak cik ni kenalan mak aku tawar aku jadi ketua wanita umno peringkat kampung dia, katanya aku ada pendidikan tinggi, tapi aku x mahu sebab aku x pandai berucap2 ni. Aku seorang introvert, x minat la aku bergaduh2 ni. Aku minat mengutuk je hahahah.
Quote red_velvet 15-10-2022 05:02 PM
Pikirkan pasal bini ko tengah mengamuk sebab cikgu suruh anak yg sulung tu kurus dulu.. ntah apa2 mengamuk membebel pun amik video
upload kat ig .. dahla budak tu tengah nak makan... Terkulat2 dia kuis2 nasik tu kena marah ngan si emak... Siap ugut nak panjat skolah isnin nnti , nak cwri cikgu yg suruh anak dia kurus
Quote rayna_raynes 15-10-2022 05:18 PM
Salah DAP semua ni. Salah Anwar Ibrahim sekali
Quote Nizleen86 15-10-2022 09:57 PM
Mintak la agong turun melawat kawasan ko tu sikit. Kata raja berjiwa rakyat. Bagi nampak sikit realiti hidup rakyat negeri dia ada lagi yg susah.
Quote Supersirap 15-10-2022 10:14 PM
Jika bertanding dengan tujuan memberikan khidmat yang terbaik buat masyarakat, tiada salahnya mencuba
Quote Whitney72 15-10-2022 10:22 PM
X sangka Raub msh ada mslh air sampai skrg..padahal 2 PM berasak dr Pahang..truk btul BN
Quote zuriey 15-10-2022 10:23 PM
Tak pyh la
kalut dgn ank berderet2
Nak setel masalah rakyat lagi
Ko dok rmh je la jaga ank
Quote albedah 15-10-2022 10:25 PM
Raib tu BN ke? PAS KE?
Quote Whitney72 15-10-2022 10:32 PM
albedah replied at 15-10-2022 10:25 PM
Raib tu BN ke? PAS KE?

BN kot..Phg kan kuat BN..negri Jibby kan...

Quote Whitney72 15-10-2022 10:33 PM
Whitney72 replied at 15-10-2022 10:22 PM
X sangka Raub msh ada mslh air sampai skrg..padahal 2 PM berasak dr Pahang..truk btul BN

Eh sorry dah 3 PM dr Pahang..bkn 2
1. Tun Razak
2. Najib Razak
3. Mael Sabri
Quote Adrif 15-10-2022 11:08 PM
pegi je la bertanding. aku tengok menteri dengan calon politik lain semua lebih kurang je kepala 3 suku.. rasanya tak susah jadi menteri ni, asalkan kena buat statement bongok, quota at least seminggu sekali gitu.

pengarah, penerbit nak join politik. pelawak nak jadi politik. pelakon masuk politik.
ahli politik lain pun hatta ada kelulusan universiti luar negara pun, bongok juga keputusan diorang. wartawan soal pun terkulat-kulat nak jawab macam tak tau ko rasmikan event ape

kat Malaysia ni, mengikut peredaran zaman
yang bodoh dijulang
yang pandai ditanam, aaa gituuu
Quote rosedemon 16-10-2022 11:00 AM
ko ddndiam jela jagan anak bini gendut2 tu
Quote bungarose 16-10-2022 11:14 AM
Aku harap orang bijak pandai berhemah berintegriti tinggi mentadbir malaysia
Quote silampumeja 16-10-2022 11:37 AM
Whitney72 replied at 15-10-2022 02:22 PM
X sangka Raub msh ada mslh air sampai skrg..padahal 2 PM berasak dr Pahang..truk btul BN

AG*ng skrg pun pahang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.078709 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top