View: 1379|Reply: 17
|
Raub Selalu Tak Ada Air, Nak Memerut Pun Susah- Fizz Fairuz Nak Bertanding PRU-15?
[Copy link]
|
|
"Tengah fikir bolehkah saya bertanding di Raub atau Bentong, Pahang sebagai Ahli Parlimen sana. Ada yang sokong tak? Bukan apa, Raub selalu tidak ada air. Jam 11 malam saja air tak ada, nak 'memerut' pun susah. Nak kena tadah air. Jadi, kita ni selalu buat aduan juga, tapi susah nak jawab. Isu air orang Raub ni harus diatasi secepat yang mungkin. Kalau tak saya masuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)."
Itu hantaran dimuat naik pelakon Datuk Fizz Fairuz yang mana sekiranya bertanding pada PRU-15 akan datang dia mahu menyelesaikan masalah air di dua daerah itu.
Foto: IG
Malah, perkongsian itu disambut baik oleh kebanyakan pengikutnya di Instagram yang berasal dari kawasan itu.
Fizz, 43, atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, hantaran dimuat naik bagi menyatakan rasa kecewa apabila isu masalah air masih belum selesai biarpun sering bertukar kerajaan.
"Kalau diberi kesempatan nak juga masuk bertanding, orang lain pun masuk bertanding juga tapi dapat selesaikan masalah? Maksudnya begitulah. Hantaran saya itu kerana bila kita dah bertukar-tukar kerajaan ini tapi hasil masih sama saja lagi. Kalau baca di ruangan komen, ada yang anaknya sekolah dari 2017 lagi sampai sekarang masalah air di Raub ini masih macam tu juga, tiada perubahan. Jadi, kita mahukan perubahan.
"Siapa pun yang akan mentadbir selepas ini, air di Raub itu perlu diselesaikan. Rasanya dah lama sangat masalah ini. Kalau ada badan atau pihak yang memerlukan bantuan atau sokongan, saya boleh berikan, tiada masalah. Tolonglah, masalah air ini sudah lama sejak 2007 sampai sekarang tiada perubahan, malam saja tak ada air. Perkara sebegitu perlulah diselesaikan takkanlah nak pakai alasan sama setiap tahun," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fizz, dia sedia membantu untuk meringankan beban rakyat.
"Kalau boleh selesaikan masalah yang membabitkan perkara harian. Perkara ini yang saya nak suarakan. Berkenaan bertanding ataupun tidak itu soal nombor dua kerana masalah rakyat perlu disegerakan. Saya bersuara bagi pihak kampung saya sendiri.
"Kalau saya berkesempatan menjadi Ahli Parlimen atau Adun, perkara sebegini yang perlu diselesaikan. Saya sebenarnya nak ketengahkan perkara ini sudah lama tapi malas nak bersuara sangat. Tapi bila membabitkan isu air yang dah lama ini jadi saya macam terdetik untuk keluar lagi pun kita dah nak mula PRU. Rasanya dah banyak kali PRU pun masalah sama tetap ada setiap kali bertukar kerajaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Peqat benar wajah kampung dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia jadi yb dia boleh settlekan mslh air ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti alasan tiada peruntukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi pm memang aku dah lama settlekan semua masalah penting negara. Tapi sayang aku x minat jadi ahli politik, aku cuma minat hal politik. Aku masih ingat ada sorang arwah mak cik ni kenalan mak aku tawar aku jadi ketua wanita umno peringkat kampung dia, katanya aku ada pendidikan tinggi, tapi aku x mahu sebab aku x pandai berucap2 ni. Aku seorang introvert, x minat la aku bergaduh2 ni. Aku minat mengutuk je hahahah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pikirkan pasal bini ko tengah mengamuk sebab cikgu suruh anak yg sulung tu kurus dulu.. ntah apa2 mengamuk membebel pun amik video
upload kat ig .. dahla budak tu tengah nak makan... Terkulat2 dia kuis2 nasik tu kena marah ngan si emak... Siap ugut nak panjat skolah isnin nnti , nak cwri cikgu yg suruh anak dia kurus |
|
|
|
|
|
|
|
Salah DAP semua ni. Salah Anwar Ibrahim sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Mintak la agong turun melawat kawasan ko tu sikit. Kata raja berjiwa rakyat. Bagi nampak sikit realiti hidup rakyat negeri dia ada lagi yg susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika bertanding dengan tujuan memberikan khidmat yang terbaik buat masyarakat, tiada salahnya mencuba |
|
|
|
|
|
|
|
X sangka Raub msh ada mslh air sampai skrg..padahal 2 PM berasak dr Pahang..truk btul BN |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pyh la
kalut dgn ank berderet2
Nak setel masalah rakyat lagi
Ko dok rmh je la jaga ank |
|
|
|
|
|
|
|
Whitney72 replied at 15-10-2022 10:22 PM
X sangka Raub msh ada mslh air sampai skrg..padahal 2 PM berasak dr Pahang..truk btul BN
Eh sorry dah 3 PM dr Pahang..bkn 2
1. Tun Razak
2. Najib Razak
3. Mael Sabri |
|
|
|
|
|
|
|
pegi je la bertanding. aku tengok menteri dengan calon politik lain semua lebih kurang je kepala 3 suku.. rasanya tak susah jadi menteri ni, asalkan kena buat statement bongok, quota at least seminggu sekali gitu.
pengarah, penerbit nak join politik. pelawak nak jadi politik. pelakon masuk politik.
ahli politik lain pun hatta ada kelulusan universiti luar negara pun, bongok juga keputusan diorang. wartawan soal pun terkulat-kulat nak jawab macam tak tau ko rasmikan event ape
kat Malaysia ni, mengikut peredaran zaman
yang bodoh dijulang
yang pandai ditanam, aaa gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
ko ddndiam jela jagan anak bini gendut2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap orang bijak pandai berhemah berintegriti tinggi mentadbir malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
AG*ng skrg pun pahang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|