Pelakon Shakilla Khoriri yang baru pulang bercuti bersama anaknya, Ameena Sofia menceritakan pengalaman menyeramkan ketika mereka bercuti di sebuah hotel Pulau Pinang. Menerusi video berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh Shakilla di TikTok, anaknya memberitahu bahawa ‘rakannya’ yang bernama Comot sedang memarahinya sambil menunjuk ke arah cermin yang menghadap bilik air. Lebih menyeramkan lagi apabila Shakilla yang merakam video ketika itu tidak melihat sesiapa pun di dalam biliknya lalu membuatkan dirinya meremang bulu roma.
"Kawan Ameena marah. Tu Comot tu" Difahamkan, Shakilla hanya perasan mengenai ‘rakan’ Ameena itu selepas pulang daripada hotel. Bagaimanapun dia tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai hotel yang didiami pada malam itu. "Lepas tu dia ajak ‘jom’? Tak kelakar lah Ameena. Nasib baik dah sampai rumah baru tengok video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulak dekat sana". Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka melihat seperti kelibat bayang-bayang di belakang Ameena. Tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman seram yang sama ketika bercuti. Sekadar info, Shakila merupakan bekas isteri penyampai
radio popular, Fizi Ali. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Februari
2018 namun bercerai pada 2021.
|
RoseLuna replied at 15-10-2022 03:49 AM
uih ni seram
Pak.dolla replied at 15-10-2022 08:45 AM
Aku nk ot jap...
Mcm kwn aku
dio5774 replied at 15-10-2022 02:36 PM
Mana datang pulak istilah imaginary friend..nak suruh nampak science la tu
Hakikatnya jin mak ...
ADVERTISEMENT