CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2320|Reply: 19

Ameena Kerap Tunjuk Ada ‘Kawan’ Dalam Bilik Hotel, Shakilla Khoriri Kongsi Detik Seram Bercuti Bersama Anak

[Copy link]
Post time 15-10-2022 01:56 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon Shakilla Khoriri yang baru pulang bercuti bersama anaknya, Ameena Sofia menceritakan pengalaman menyeramkan ketika mereka bercuti di sebuah hotel Pulau Pinang.


Menerusi video berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh Shakilla di TikTok, anaknya memberitahu bahawa ‘rakannya’ yang bernama Comot sedang memarahinya sambil menunjuk ke arah cermin yang menghadap bilik air.


Lebih menyeramkan lagi apabila Shakilla yang merakam video ketika itu tidak melihat sesiapa pun di dalam biliknya lalu membuatkan dirinya meremang bulu roma.





"Kawan Ameena marah. Tu Comot tu"


Difahamkan, Shakilla hanya perasan mengenai ‘rakan’ Ameena itu selepas pulang daripada hotel. Bagaimanapun dia tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai hotel yang didiami pada malam itu.


"Lepas tu dia ajak ‘jom’? Tak kelakar lah Ameena. Nasib baik dah sampai rumah baru tengok video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulak dekat sana".


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka melihat seperti kelibat bayang-bayang di belakang Ameena. Tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman seram yang sama ketika bercuti.







Sekadar info, Shakila merupakan bekas isteri penyampai radio popular, Fizi Ali. Mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada 2021.


  









Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 02:13 AM | Show all posts
ala boleh pulak terbaca thread ni.. dah lah aku sorang malam ni kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 03:58 AM | Show all posts
ini tanda2 anak nya emosi bila mak dan pak selalu bermusuh.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotel mana ni oi? Aku next month nak celebrate birthday kt penang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 06:16 AM | Show all posts
who are yussss....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita gaduh dengan bekas laki dah habis
Bekas laki dah move on
Kena lah jaja kisah anak

Anak tu ada imaginary friend
Esok2 kena saman dek hotel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2022 07:18 AM | Show all posts
Kalau masa anak tunjuk 'kawan' pastu ko baca ayat kursi then ada rasa sesuatu, baru la ko upload ye..kalau tak free-free je kena saman defamation, mungkin jugak itu tanda anak ko stress sampai develop imaginary friend.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Normal je budak2 ade imaginary friends.. nak2 anak tunggal..

Kalau budak yg boleh nampak biasa kat mana2 dia boleh nmpak ‘kawan’ tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia x reveal pun hotel mana. So apa benda saman fitnahnya. Menggelepar betul acik forum.

Ameena mmg comel. Comel melayu. Xde mix pn comeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk ot jap...

Mcm kwn aku
Anak dia lelaki umur 4 thn, hari² bangun tidur jam 5 pagi, dia mandi pagi² sambil gelak², pastu bila pakai baju dia malu² sambil tutup burung then gelak² lagi..bila kwn aku tanya anak dia kata main dgn kawan...then
Kwn aku pegi darul salam kalau x silap...ustaz merawat tu tanya kwn aku...td sy nmpk ada budak pompuan sekali, mana dia? Kwn aku ckp sy dtg bersama isteri dan sorang anak lelaki je,
then anak ckp...yg sorang tu kawan dia, ada dlm kereta, dia malu nk turun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 08:58 AM | Show all posts
entahlah kita baca sahaja kita pun susah nak jawab apa sudah mak dia pun kuat propa juga

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 08:59 AM | Show all posts
Edited by .HannahMontana. at 15-10-2022 09:01 AM

ramai org gila sekarang...budak-budak pun dah ramai sakit otak ..nak perhatian mak bapak , mak bapak pula sibuk main henfone...akhirnya dia cipta kawan di alam fantasi .
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try baca or pasang  surah Yassin n ayat qursi kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 15-10-2022 08:45 AM
Aku nk ot jap...

Mcm kwn aku

uih ni seram
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
RoseLuna replied at 15-10-2022 03:49 AM
uih ni seram

Mmg seram..sbb tu kalau nmpk anak tu pelik cepat² la ruqyah...

Tp kalau ko nk sendiri rasa seram, ko cuba buat mcm ni....ambil secawan air baca ayat² ruqyah atau yassin lepas tu campur beberapa titik minyak kasturi, then spray sekeliling katil sebelum tidur selama 7 hari...ko rasa sendiri...seram sgt....atau taubat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 12:00 PM | Show all posts
ada dua…satu imaginary friend, yg ni budak cipta sebab dia sunyi. Bila budak tu dah ada kawan atau adik, dia dah tak perlu imaginary friend tu, dan tamat lah riwayatnya

lagi satu anak jin, makhluk halus. Yg ni kena ruqyah kot baru hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana datang pulak istilah imaginary friend..nak suruh nampak science la tu

Hakikatnya jin makhluk halus mmg wujud..sebagai orang Islam wajib percaya.jadi mmg ada makhluk halus lah tu kat situ anak dia nampak...kena gangguan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 15-10-2022 08:45 AM
Aku nk ot jap...

Mcm kwn aku

Budak yg mak iolss jaga ni..umi dia la citer. Ada satu malam tu dia terjaga dari tidur. Pastu dia nyanyi lagu nenek si bongkok 3 tu. Pastu dia cakap kat umi dia ada nenek
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
iols caye je bdk2 ramai blh nampak makhluk halus dan betul jugak wujud imaginary friends ni atas sbb mcm2. entah la weiiii yg pasti kalau jadi kat iols mmg terloncat takdan nak amik rekod2 dah. mau malam tu x tido malam tggu ke siang nak check out
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 05:06 PM | Show all posts
dio5774 replied at 15-10-2022 02:36 PM
Mana datang pulak istilah imaginary friend..nak suruh nampak science la tu

Hakikatnya jin mak ...

anak kawan aku  ada imaginary friend masa baya baya ameena ni

anak dia anak tunggal sampai umur 7 tahun

bnyk kali dia interview anak dia , tanya apa anak dia buat dgn IF tu, mcm mana rupa IF tu. Anak dia kata pergi birthday party, main toys, friend dia cantik selalu pakai baju pink. Pastu kawan aku perasan anak dia suka tgk rancangan TV kanak kanak yg ada karekter mcm IF tu. Kawan aku rasa bersalah sbb anak dia selalu tinggal sorang dgn maid, takde kawan. Bila dia hantar anak dia pergi playschool , anak dia dah okay. Takder lah kena sampuk  kena rukyah ke haper sbb kawan aku Cina

budak tu dah besar dah skrg. Kalau orang dia usik pasal imaginary friend tu dia gelak je

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.813426 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list