Tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing adalah punca kekecohan dan pertengkaran sekumpulan individu di tepi Jalan Usahawan 6, Setapak. Perkara itu disedari pihak polis selepas terkesan sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naik pemilik Twitter, @NanManjoi8715 pada pukul 10.55 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Oktober lalu di Jalan Usahawan 6, Setapak. Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menerima laporan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada hari kejadian.
“Kejadian ini berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing. “Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang. “Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
chandrahusin replied at 14-10-2022 06:34 PM
Kesiannya she's so stressed up
Skrg ni korang klu apa2 hal blah je lah
Stkt hal sikit2 ms memandu le ...
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:25 PM
Sebenarnya dia dah malu.. Lain mcm pesen dia nak cope malu tu.. Acah2 u pulak salah.. Orang ego ka ...
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:25 PM
Sebenarnya dia dah malu.. Lain mcm pesen dia nak cope malu tu.. Acah2 u pulak salah.. Orang ego ka ...
zamzam replied at 15-10-2022 10:28 PM
Pakcik tu ketuk kepala mak pompan tu. Lepas tu tampar sepupu dia.
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:32 PM
Tak2.. I tak ckp psl kes ni... I reply utk kes yg forumer crita.. Pengalaman dia.. Cuba u baca bal ...
ADVERTISEMENT