CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 14

Video Tular: Bergaduh Tengah Jalan Di Setapak Sebab Tak Puas Hati Cara Masing-Masing Memandu

[Copy link]
Post time 14-10-2022 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing adalah punca kekecohan dan pertengkaran sekumpulan individu di tepi Jalan Usahawan 6, Setapak.


Perkara itu disedari pihak polis selepas terkesan sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naik pemilik Twitter, @NanManjoi8715 pada pukul 10.55 pagi, hari ini.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 12 Oktober lalu di Jalan Usahawan 6, Setapak.


Foto: Twitter




Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menerima laporan yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada hari kejadian.


“Kejadian ini berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing.


“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan hari ini.







Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang.


“Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu jalan sesak sb benda x guna cmm ni. Nak gaduh benti tepi lah oiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak bergasak macam betina murah pon kak fikir orang belakang laa.. Tak masal jammed dek tegah korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya she's so stressed up
Skrg ni korang klu apa2 hal blah je lah
Stkt hal sikit2 ms memandu lebih kurang je lah
Tak pyh ambik hati sgt
Skrg ramai org depress
Sia2 buang ms tgh jln
Org rakam plk lagi
Pnh org park blkg keta aku kat car park
Pdhal car park tu kosong
Aku mintak alih nak keluar ehh dia menceceh
Aku kata laa punya byk parking kosong
Knp parking blkg keta aku
Dia jwb sbb skjp je laki dia turun beli brg
Abih aku pun nak cepat
Masa nak keluar dr car park laki dia berhenti 2x pndg2 keta aku kat blkg keta dia
Bini dia bgtau tak puas hati lateww
Lagi sekali dia stop dpn aku
Aku konar masuk simpang
Tak kuasa la nak gaduh tgh2 jalan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan tak pernah salah. Dalam kes ni mesti salah sorang tu betoi dan sorang lagi tak salah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar suara perempuan tu je [em:24:]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan tu gaduh dengan sape? Dengan pompuan jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:35 PM | Show all posts
siapa kah yang salahhh, ku tak tahuuu..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya pakcik tu start body contact kat mak dia.. tu yg dia ngamuk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 14-10-2022 06:34 PM
Kesiannya she's so stressed up
Skrg ni korang klu apa2 hal blah je lah
Stkt hal sikit2 ms memandu le ...

Sebenarnya dia dah malu.. Lain mcm pesen dia nak cope malu tu.. Acah2 u pulak salah.. Orang ego kalau dia malu, boleh jadi defensive.. Mcm u crita nilah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:25 PM
Sebenarnya dia dah malu.. Lain mcm pesen dia nak cope malu tu.. Acah2 u pulak salah.. Orang ego ka ...

Pakcik tu ketuk kepala mak pompan tu. Lepas tu tampar sepupu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:25 PM
Sebenarnya dia dah malu.. Lain mcm pesen dia nak cope malu tu.. Acah2 u pulak salah.. Orang ego ka ...

Kita yg tak tahu hal sebenar mmg boleh buat assumption. Kalau org tampar kepala mak aku pun aku boleh terus naik atas belakang dia tunjal balik kepala pakcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 15-10-2022 10:28 PM
Pakcik tu ketuk kepala mak pompan tu. Lepas tu tampar sepupu dia.

Tak2.. I tak ckp psl kes ni... I reply utk kes yg forumer crita.. Pengalaman dia.. Cuba u baca balik..

Anyway.. Owh.. Patut la dia mengamuk (refer pd video ni..)
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ninnakarinna replied at 15-10-2022 10:32 PM
Tak2.. I tak ckp psl kes ni... I reply utk kes yg forumer crita.. Pengalaman dia.. Cuba u baca bal ...

Ya ok. No problem.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang touch mak aku pun kompom aku pijak orang tu kat situ jugak. Tak kisah pakcik tua sekalipun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.087190 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list