CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Bukan Zaman Nak Mengadu, "Mana-Mana Artis Yang Letak Harga Mahal, Sekarang Boleh 'Blah'

14-10-2022 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3440| Komen: 21

Penerbit syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh menyambut baik usaha satu stesen televisyen tempatan memberi kuasa penuh kepada penerbit dan syarikat produksi memilih pelakon utama bagi membintangi sesebuah karya yang diterbitkan untuk stesen televisyen itu.


Fadzil berkata, ia adalah khabar gembira bukan saja untuk dirinya tapi juga penerbit lain yang sering berdepan kerenah artis dan pengurus yang meletakkan bayaran mahal dan 'tidak masuk akal'.

Foto: IG

"Alhamdulillah, pasukan drama stesen TV sekarang dah memberi kuasa penuh untuk pilih pelakon utama. Jadi, mana artis dan pengurus  yang letak harga mahal, sekarang boleh 'blah'.

"Tidak ada lagi zaman nak buat aduan dan bercerita kepada orang stesen TV jika penerbit tolak untuk bekerjasama disebabkan soal bayaran.

"Selain itu, harga pelakon juga akan dibayar mengikut mutu lakonan dan bukan lagi hanya aktif di media sosial. Ini berikutan ada pelakon baharu yang lakonan tak seberapa tapi aktif di media sosial dan TikTok meletakkan bayaran mencecah RM4,000 satu episod, sedangkan lakonan mereka masih dianggap kayu," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Fadzil, keputusan dibuat stesen TV itu juga lebih kepada penghargaan buat mereka.

"Barulah nampak penerbit dihargai. Kalau tidak selama ni bila kita menghubungi mereka dan tegur, kita dibuat tak layan. Sebab mereka nak hubungi langsung pasukan drama stesen TV. 



"Apa pun, lega rasa. Terima kasih kepada yang melihat masalah penerbit," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-10-2022 01:49 PM
"Selain itu, harga pelakon juga akan dibayar mengikut mutu lakonan dan bukan lagi hanya aktif di media sosial. Ini berikutan ada pelakon baharu yang lakonan tak seberapa tapi aktif di media sosial dan TikTok meletakkan bayaran mencecah RM4,000 satu episod, sedangkan lakonan mereka masih dianggap kayu," katanya kepada Harian Metro.


Siapakah itu... terlampau ramai untuk di speku

Even yang pelakon lama tu pun berlakon beliak2 bijik mata sampai trauma iols... jangan kata kayu... rhoperr tebing terus bila di buat beliak2 bijik mata sambil bercakap padahal boleh je berlakon elok2...
Quote PocongTerbang 14-10-2022 02:14 PM
Sapa pelakon kayu demand 4k satu episod tu? Bukan main yach
Quote rosedemon 14-10-2022 02:44 PM
xleh pakai lv la kalau dpt bayran ciput
Quote renko 14-10-2022 02:53 PM
dasar kayu
Quote marchikobonzo 14-10-2022 02:57 PM
Producer pun jangan la asyik recycle pelakon favourite dia je
Quote Perawankota 14-10-2022 02:57 PM
Ni, siapa yer
Quote Acikgomen 14-10-2022 03:21 PM
Helehhhhh yg sebenaqnya bang aji kelempok sentap sbb retis yg hot2 tanak belakon dgn heshe
Quote cheezel 15-10-2022 08:31 AM
Pelakon skrg ni xbest langsung. Muka plain kayu plak tu. Beza sgt dgn dulu
Quote virgocircus 15-10-2022 08:36 AM
Mmg betul ramai.pelakon bbnu yg kayu.
Quote .HannahMontana. 15-10-2022 08:36 AM
Edited by .HannahMontana. at 15-10-2022 08:44 AM
marchikobonzo replied at 14-10-2022 02:57 PM
Producer pun jangan la asyik recycle pelakon favourite dia je

KO XTAHU KE MCM  mana TV bekerja  atau pilih pelakon / artis untuk jayakan program TV mereka????

Org TV dah beritahu kpd penerbit drama/filem nak kan certain certain artis  ada sebablah...cth , sebab artis tu boleh naikkan rating TV dan bawa untung


mcm itu cara mereka bekerja

BAKAT bukan nombor 1 sgt di Malaysia

sebab tu bila artis tu tengah  popular , sentiasa muka dia saja di TV sebab  permintaan mmg mcm itu.

yg meluat mmg meluatlah tp yg suka jadi rating tinggi , TV nak rating tinggi sahaja . business kan mesti nak untung banyak lah. Itu matlamat.



Quote noell 15-10-2022 08:36 AM

bff @Acikgomen neh sekampong katanya bertepoktampar tuh dh habit kalo jumpa riuh setaman
Quote Acikgomen 15-10-2022 09:22 AM
noell replied at 15-10-2022 08:36 AM
bff @Acikgomen neh sekampong katanya bertepoktampar tuh dh habit kalo jumpa riuh setaman
...

Raya taun depan acik akan pastikan chuols kancing2 gigi tgk gambo acik laga2 pipi dgn bang aji kelempok yach
Quote sleepandream 15-10-2022 09:37 AM
tapi kalau watak lead... rm4k satu episod mcm murah jahhh
Quote Lampuled 15-10-2022 09:49 AM
Penerbit sendiri je la pgg watak utama. Save byk tu
Quote nazurah 15-10-2022 09:59 AM
Pelakon yang bagus patut terima bayaran yang setimpal. Bakat, kematangan dia dalam lakonan perlu dinilai dengan baik dan adil.

Tapi kita bukan Hollywood kan… bakat takde harga kat sini, kayu pun kayu la… asal bayar murah. Kena kecam pun kira publicity.

Apapun iols dah lama tak tengok drama melayu kat TV.
Quote LembingDayanti 15-10-2022 11:05 AM
sentap nekta dan nekrit je yg sanggup harga mur dgn dia
Quote wirazam 15-10-2022 11:34 AM
Acikgomen replied at 15-10-2022 09:22 AM
Raya taun depan acik akan pastikan chuols kancing2 gigi tgk gambo acik laga2 pipi dgn bang aji kel ...

@Acikgomen jgn lupa misi nak skodeng depan rumah tunang Alexander yet..lagi sebulan setengah je dari skrg..pi apply cuti gomen yg berlambak Tu siap siap ye...pastu jgn lupa hapdate kat sini ye hahagaga
Quote Acikgomen 15-10-2022 01:37 PM
wirazam replied at 15-10-2022 11:34 AM
@Acikgomen jgn lupa misi nak skodeng depan rumah tunang Alexander yet..lagi sebulan setengah je da ...

Acik ade jemputan kenduri yach kat peghelih 10dec nih
Quote pencintaABC 15-10-2022 01:57 PM
Walaupun iols akui Aniq Suhair, Nabil Aqil & Meerqeen tu mmg heloks tapi mmg kayu lah. Nadhir Nasar tu berlakon ok tapi cm kekwat pulak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top