View: 3178|Reply: 21
|
Dah Bukan Zaman Nak Mengadu, "Mana-Mana Artis Yang Letak Harga Mahal, Sekarang Boleh 'Blah'
[Copy link]
|
|
Penerbit syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh menyambut baik usaha satu stesen televisyen tempatan memberi kuasa penuh kepada penerbit dan syarikat produksi memilih pelakon utama bagi membintangi sesebuah karya yang diterbitkan untuk stesen televisyen itu.
Fadzil berkata, ia adalah khabar gembira bukan saja untuk dirinya tapi juga penerbit lain yang sering berdepan kerenah artis dan pengurus yang meletakkan bayaran mahal dan 'tidak masuk akal'.
Foto: IG
"Alhamdulillah, pasukan drama stesen TV sekarang dah memberi kuasa penuh untuk pilih pelakon utama. Jadi, mana artis dan pengurus yang letak harga mahal, sekarang boleh 'blah'.
"Tidak ada lagi zaman nak buat aduan dan bercerita kepada orang stesen TV jika penerbit tolak untuk bekerjasama disebabkan soal bayaran.
"Selain itu, harga pelakon juga akan dibayar mengikut mutu lakonan dan bukan lagi hanya aktif di media sosial. Ini berikutan ada pelakon baharu yang lakonan tak seberapa tapi aktif di media sosial dan TikTok meletakkan bayaran mencecah RM4,000 satu episod, sedangkan lakonan mereka masih dianggap kayu," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fadzil, keputusan dibuat stesen TV itu juga lebih kepada penghargaan buat mereka.
"Barulah nampak penerbit dihargai. Kalau tidak selama ni bila kita menghubungi mereka dan tegur, kita dibuat tak layan. Sebab mereka nak hubungi langsung pasukan drama stesen TV.
"Apa pun, lega rasa. Terima kasih kepada yang melihat masalah penerbit," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa pelakon kayu demand 4k satu episod tu? Bukan main yach |
|
|
|
|
|
|
|
xleh pakai lv la kalau dpt bayran ciput |
|
|
|
|
|
|
|
Producer pun jangan la asyik recycle pelakon favourite dia je |
|
|
|
|
|
|
|
Helehhhhh yg sebenaqnya bang aji kelempok sentap sbb retis yg hot2 tanak belakon dgn heshe |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon skrg ni xbest langsung. Muka plain kayu plak tu. Beza sgt dgn dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul ramai.pelakon bbnu yg kayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by .HannahMontana. at 15-10-2022 08:44 AM
KO XTAHU KE MCM mana TV bekerja atau pilih pelakon / artis untuk jayakan program TV mereka????
Org TV dah beritahu kpd penerbit drama/filem nak kan certain certain artis ada sebablah...cth , sebab artis tu boleh naikkan rating TV dan bawa untung
mcm itu cara mereka bekerja
BAKAT bukan nombor 1 sgt di Malaysia
sebab tu bila artis tu tengah popular , sentiasa muka dia saja di TV sebab permintaan mmg mcm itu.
yg meluat mmg meluatlah tp yg suka jadi rating tinggi , TV nak rating tinggi sahaja . business kan mesti nak untung banyak lah. Itu matlamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
noell replied at 15-10-2022 08:36 AM
bff @Acikgomen neh sekampong katanya bertepoktampar tuh dh habit kalo jumpa riuh setaman
...
Raya taun depan acik akan pastikan chuols kancing2 gigi tgk gambo acik laga2 pipi dgn bang aji kelempok yach
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau watak lead... rm4k satu episod mcm murah jahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Penerbit sendiri je la pgg watak utama. Save byk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon yang bagus patut terima bayaran yang setimpal. Bakat, kematangan dia dalam lakonan perlu dinilai dengan baik dan adil.
Tapi kita bukan Hollywood kan… bakat takde harga kat sini, kayu pun kayu la… asal bayar murah. Kena kecam pun kira publicity.
Apapun iols dah lama tak tengok drama melayu kat TV. |
|
|
|
|
|
|
|
sentap nekta dan nekrit je yg sanggup harga mur dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 15-10-2022 09:22 AM
Raya taun depan acik akan pastikan chuols kancing2 gigi tgk gambo acik laga2 pipi dgn bang aji kel ...
@Acikgomen jgn lupa misi nak skodeng depan rumah tunang Alexander yet..lagi sebulan setengah je dari skrg..pi apply cuti gomen yg berlambak Tu siap siap ye...pastu jgn lupa hapdate kat sini ye hahagaga |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 15-10-2022 11:34 AM
@Acikgomen jgn lupa misi nak skodeng depan rumah tunang Alexander yet..lagi sebulan setengah je da ...
Acik ade jemputan kenduri yach kat peghelih 10dec nih |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun iols akui Aniq Suhair, Nabil Aqil & Meerqeen tu mmg heloks tapi mmg kayu lah. Nadhir Nasar tu berlakon ok tapi cm kekwat pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|