Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, sekiranya PU Syed gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan rahsia pendakwah berkenaan kepada umum. "Salam PU Syed, Cap bagi hang (awak) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait isteri saya dengan kes jenayah seorang PU. "Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini.
"Tiada kaitan, jangan mula atau kita pun boleh mula," katanya. Terdahulu, PU Syed menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman yang berdepan dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu. Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya. Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.
|
HujanBatuTiga replied at 14-10-2022 01:42 PM
Bab aurat dgn jenayah 2 benda berbeza. Kenapa nk sentuh bab aurat isteri org pulak?
ADVERTISEMENT