CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6790|Reply: 79

Caprice Desak PU Syed Minta Maaf Dalam Tempoh 24 Jam, Kalau Tak Rahsianya Akan Terbongkar

[Copy link]
Post time 14-10-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed untuk membuat permohonan maaf secara terbuka susulan pendakwah bebas itu mengaitkan nama isterinya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.


Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, sekiranya PU Syed gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan rahsia pendakwah berkenaan kepada umum.


Foto: IG




"Salam PU Syed, Cap bagi hang (awak) 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait isteri saya dengan kes jenayah seorang PU.


"Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pula dekat sini.


"Tiada kaitan, jangan mula atau kita pun boleh mula," katanya.














Terdahulu, PU Syed menyangkal dakwaan bersikap pilih bulu ekoran mendiamkan diri daripada mengulas isu melibatkan PU Azman yang berdepan dengan lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.


Menerusi hantaran sama, PU Syed turut menegur selebriti Caprice yang dilihat aktif melakukan siasatan sendiri apabila dikatakan terdapat mangsa yang mengadu menjadi mangsa kepadanya.


Malah pendakwah bebas itu meminta Caprice menguruskan soal aurat isterinya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.




  



Dalam pada itu, Caprice memberitahu dia turut menghantar mesej peribadi dan menelefon pendakwah berkenaan bagi menuntut penjelasan berhubung perkara itu.


Caprice berkata, dia tidak akan berdiam diri selagi PU Syed tidak membuat permohonan maaf kepada isterinya.




  



"Selagi hang tak minta maaf dekat isteri saya, hang akan betul-betul bertemu dengan Tiger of AlQuds.


"Jangan sampai Cap terus bongkar rahsia-rahsia yang CAp simpan satu tahun. Confirm lagi kecoh satu Malaysia," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hamboiii sentuh org bleh tang die kne taw plk sentap kebal ker bebal nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:27 PM | Show all posts
main ugut2 plak yerr
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab aurat dgn jenayah 2 benda berbeza. Kenapa nk sentuh bab aurat isteri org pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah... Si caprice poyo ni sume rahsia org ke diebtau acaner... Gi mampos la ko heh.... Nk jadi terpaling je keje nye
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp bnda yg caprice post psl pu azman tu pn xde la mcm xxx pn..mcm org tgh try tp xdela jenayah pn..caprice ni mmg terpaling semua issue nk ulas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2022 01:48 PM | Show all posts
HujanBatuTiga replied at 14-10-2022 01:42 PM
Bab aurat dgn jenayah 2 benda berbeza. Kenapa nk sentuh bab aurat isteri org pulak?

Sebab si Topi Nasi tu konon nak jadi hero, konon pejuang agama...
Nak jadi pejuang agama kena lah tunjukkan akhlak dan adab yg baik....diri sendiri & juga keluarga
Ni bini sndiri pun x boleh nak tegur, nak ajar...ehhh....tiba2 sibuk nak ajar org lain
Begitu lah lebih kurang perumpamaan si PU Syed tu

Tapi aku tertarik jugak pasal rahsia yg si topinasi ni simpan selama setahun tu
Spill lah topinasi....apa lagi...
Banyak betul rahsia org topinasi ni pegang eh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:55 PM | Show all posts
drama apa la plak 2 org ni
bawa2 la rehat jap dari lapar perhatian
pi mkn nasi klu lapar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 01:57 PM | Show all posts

Tiba2 Nak Kait Bini Dengan Kes Jenayah Seorang PU, Caprice Bagi AMARAN Jangan Sampai Rahsia PU Syed Terbongkar!

Kaitkan Isteri Dengan Kes Amang Seksual PU Azman, Caprice Mahu Bongkar Sikap Sebenar PU Syed?

Penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa berang terhadap seorang pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed yang mengaitkan isterinya, Farra Inalis dengan kes yang melibatkan pendakwah selebriti terkenal, PU Azman atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.

Mahu PU Syed Buat Permohonan Maaf

Caprice menerusi hantaran di Insta Stories, mahu pendakwah bebas itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka jika tidak mahu rahsianya terbongkar.

    “Salam PU Syed Cap bagi hang 24 jam untuk buat permohonan maaf secara terbuka sebab tiba-tiba nak kait bini Caprice dengan kes  jenayah seorang PU.

    “Apa kaitan? Kenapa nak tiba-tiba petik? Jangan sampai Cap bongkar rahsia PU pulak kat sini.”- Tulis Caprice

“Sape Nak Tengok Cara Seorang PU..”

Dalam pada itu, penyanyi rap ini dilihat memuatnaik tangkap layar DM (Direct Message) PU Syed bersama seorang wanita, dan seolah-olah menyindir pendakwah bebas itu yang didakwa melakukan panggilan video bersama wanita berkenaan pada lewat malam.

    “Sape nak tengok cara seorang PU tackle kaum wanita di social media?.

    “Cuma tu lah..Akhirnya tak kahwin pun. Just cuba video call tengah-tengah malam.”-Dedah Caprice

Pendakwah bebas, PU Syed sebelum ini memberikan teguran kepada Caprice yang dikatakan giat melakukan ‘siasatan sendiri’ terhadap kes amang seksual PU Azman, malah turut meminta Caprice untuk menguruskan aurat isterinya sendiri terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:10 PM | Show all posts
ni satu lagi terpaling...ya Allah, letih lah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg dua2 pun bangang je aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:13 PM | Show all posts
amboi dia buat takpa orang buat tak boleh amboii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah sebarkan pun dm si Syed tu. Perli kaw2 boleh tahan hangsuang. Katanya cara baru utk poligami dan harus jadi contoh. ????????
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semenyampah aku pd pusyed, menyampah lagi aku kat topinasi..
Dia cuit orang boleh, orang cuit dia gelabah mcm pondan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:25 PM | Show all posts
Yeahhh! Spill the tea!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts

Ehemmmm rahsia apa la tu sampai Syed ni mintak maaf .
2-2 pun ai tak sokong. Sorang acah terpaling hero ,sorang terpaling tegur tp bila kekawan ,senyap tak berkutik.

Yg dm2 cap tu baik la korang pergi buat report polis andai benar kejadian berlaku. Tak kisah la berapa lama pun kejadian tu.Alangkan si balqis yg kes dah 15 tahun pun boleh buat report.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.075417 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list