CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

BTS Dikecualikan Menyertai Latihan Ketenteraan Wajib?

14-10-2022 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1327| Komen: 2

Kumpulan BTS masih menunggu keputusan sama ada diberikan pengecualian daripada meneruskan kewajipan menyertai latihan ketenteraan.

Pesuruhjaya Pentadbiran Tenaga Tentera Korea Selatan, Lee Ki-sik menjelaskan bahawa undang-undang khas telah dibuat bagi menjawab pertanyaan berkaitan isu tersebut.

“Undang-undang khas telah dibuat untuk memastikan keadilan dalam negara yang wajib dipenuhi dengan menyertai perkhidmatan ketenteraan,” katanya.

Foto: IG

Sementara itu Menteri Pertahanan, Lee Jong-sup sudah mengadakan perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa parlimen mengenai kebanyakan komen tentang isu BTS.


“Menteri Kebudayaan, Park Bo-gyoon sebagai seorang menteri yang berdedikasi akan meneliti setiap sisi dan membuat keputusan seadil-adilnya terhadap perkara ini,” jelas Jong-sup.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, kemampuan fizikal lelaki muda boleh menyertai perkhidmatan tentera wajib selama 18 sehingga 21 bulan.

Tetapi undang-undang memberikan pengecualian istimewa buat para atlet, ahli muzik klasikal dan tradisional, balet dan penari lain yang telah memenangi anugerah tertinggi dalam beberapa pertandingan untuk mempertingkatkan prestij kebangsaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 15-10-2022 09:14 AM
On the Korean blogs, so many people are angry that BTS is not going to the military.  
Quote iolss 17-10-2022 06:23 PM
i bc td jin akan pegi Dec ni..then yg lain2 ikut..
reunited back in 2025. I lupa bc kt mna.. kt fb la..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051419 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top