CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Muak! Alasan Victoria Padam Tatu Nama David Beckham

16-10-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1713| Komen: 7

Description: Bekas penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham menjawab spekulasi berhubung dakwaan membuang tatu nama suami, David Beckham di pergelangan tangan.
Bekas penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham menjawab spekulasi berhubung dakwaan membuang tatu nama suami, David Beckham di pergelangan tangan.

Menurut Victoria, 48, dirinya sudah membuang beberapa tatu pada tubuh badannya sejak setahun lalu dan ini bukanlah pertama kali dia melakukannya.

"Ia hanya tidak kelihatan begitu cantik. Tidak ada maksud lain lebih daripada itu," katanya menerusi program Today with Hoda & Jenna.

Memetik laporan E News, tatu yang berada pada tubuh Victoria sudah terlalu lama dan bertukar warna kebiruan. Tidak berpuas hati dengan penampilan itu, Victoria mengambil keputusan untuk menghapuskannya.


Foto: IG

"Saya agak muak dengan tatu itu," katanya ringkas.

Terdahulu, hubungan pasangan selebriti Hollywood itu dikatakan mempunyai masalah selepas Victoria membuang tatu yang berada di tengkuk hingga punggungnya sebagai ungkapan cinta kepada suami.

Tatu tersebut merupakan kalimah dalam Bahasa Ibrani yang bermaksud ‘Aku adalah milik kekasihku dan kekasihku adalah milikku’.

David dan Victoria juga sering kali dilihat menghadiri pelbagai acara berbeza secara berasingan sehingga menimbulkan anggapan bahawa mereka sedang mengalami krisis rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin sejak 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-10-2022 11:48 AM
Edited by helicornia at 16-10-2022 11:50 AM

Ye la.bukan cantik pun ada tatu.lagi hodoh n nampak kotor
Quote Page88 16-10-2022 06:40 PM
Something going on??? Always such things that are tell tale signs of a bad marriage.
Quote Page88 16-10-2022 06:40 PM
Something going on??? Always such things that are tell tale signs of a bad marriage.
Quote beatgirlX 16-10-2022 10:21 PM
Uhh..selalunya gitu laaaa
Quote greantea 17-10-2022 10:31 AM
dia dah bosan. tp kalo berpisah buruk la reputasi dia. jd hadap je la.
Quote Page88 17-10-2022 12:55 PM
greantea replied at 17-10-2022 10:31 AM
dia dah bosan. tp kalo berpisah buruk la reputasi dia. jd hadap je la.

No one even likes her.
Quote greantea 17-10-2022 02:11 PM

tp dia rasa dia royalti britain. perasan much

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.125317 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top