CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecil Lagi Dah Kacak, Zahiril Adzim Galakkan Kalau Anak Jadi Artis

14-10-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4204| Komen: 23

Zahiril Adzim tidak menghalang jika anaknya, Nadi Anaqi, 9, ingin mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.

Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim, 38, dan isterinya, Shera Aiyob sentiasa menyokong apa sahaja minat anak tunggal kesayangan mereka itu.

Foto: IG

Malah, pelakon ini sedia memberi tunjuk ajar kepada Nadi untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang diminatinya.

"Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi," katanya.



Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya menerima tawaran untuk Anaqi berlakon bersamanya dan Shera.

Tambahnya lagi, Shera juga masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak selain menguruskan karier seninya.


"Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.



"Saya selesa apabila isteri sendiri menguruskan kerjaya seni kerana senang untuk kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 14-10-2022 11:43 AM
Anak dia bole berlakon dgn ariel noah jadi anak beranak
Quote ashcroft86 14-10-2022 11:44 AM
Suka brooding cmni bakalan jadi kegilaan gadis2 kat sekolah menengah nanti.
Quote rosedemon 14-10-2022 02:41 PM
mmg kcak, hai menantu
Quote tembamgirl09 14-10-2022 02:45 PM
herlok anak dia
Quote Kurex 14-10-2022 02:51 PM
Anak pun kena filter ..
Quote Olumis 14-10-2022 03:58 PM
Kacak? Rupa mcm ex luna maya ja
Quote alieyrina 14-10-2022 06:50 PM
Cantiknya rambut dia. Jeles
Quote cheezel 14-10-2022 06:52 PM
Genetik helok. Beranak lg please
Quote I.K.A888990 14-10-2022 09:06 PM
kalau ada bakat jalan je
Quote helicornia 14-10-2022 09:21 PM
Cikgu tk marah ke rambut panjang mcm tu
Quote slyfynx 14-10-2022 09:59 PM
Anak beliau skolah international ke eh?
Sbb rambut gitu.
Ke homeschool?
Quote truesonic 14-10-2022 11:40 PM
Baru 9 tahun ... Tak past kacak ke tidak dik
Quote fcl29 14-10-2022 11:44 PM
sbb tgk anak dia la aku pon biarkan rambut anak laki aku panjang
Quote Perawankota 15-10-2022 04:44 AM
Tapi muka anak dia ni klu rambut pendek, mesti nampak nerd
Quote samshik 15-10-2022 05:35 AM
Sgtla muko ariel peterpon
Quote electricopop 17-10-2022 12:29 PM
Bapak dgn mak nye pun elok...
Quote dudaberhias 17-10-2022 12:32 PM
kacak ke.... tapi ada la rupa tu tak di nafikan... cumanya kenapa la anak2 laki suka bagi rambut panjang... nampak tak herlokk hokkkehhh... dah le budak tu pun rimas rambut asyik cucuk mata ke melekat dekat muka... buktinya awie masa dulu rambut panjang pun gigih berponytail hokkeh... takut termasuk mulut la tu masa makan...
Quote ezacbee 17-10-2022 01:06 PM
Aku tengok anak dia teringat The Sacred Riana
Quote yondu 17-10-2022 01:12 PM
tak kacak pun.syok sndiri ke apaknya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.147135 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top