Tindakan pelakon Nikita Willy mula mengajar anak lelakinya, Issa Djokosoetono makan sendiri meskipun baru berusia enam bulan menarik perhatian warganet.
Lebih memeranjatkan apabila Nikita memberikan makanan keras termasuk ayam, brokoli dan mi kepada bayinya itu. Kapan Lagi melaporkan, cara didikan pelakon itu mendapat pelbagai reaksi peminat termasuk ada yang kagum melihat Issa berselera setiap kali menikmati hidangan yang disediakan. Tidak kurang melahirkan rasa bimbang kerana merasakan makanan yang diberikan tidak sesuai untuk bayi berumur enam bulan selain bimbang Issa akan tercekik.
Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.
|
ADVERTISEMENT