CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Peminat Kecewa Madonna Raih Perhatian Dengan Mengaku Gay

12-10-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1768| Komen: 12

Description: Bintang pop, Madonna dilanda kontroversi berikutan sebuah video yang dimuatnaik di dalam platform TikTok miliknya.
Bintang pop, Madonna dilanda kontroversi berikutan sebuah video yang dimuat naik menerusi platform TikTok miliknya. 

Dalam video tersebut, Madonna dilihat cuba membuang sepasang seluar dalam berwarna merah jambu ke dalam tong sampah di dalam bilik airnya. Bagaimanapun, dia gagal menepati sasaran sewaktu membuat lontaran. 


IG Madonna

Ibu kepada enam anak yang sudah pun menginjak usia 64 tahun ini juga menulis kapsyen: “If I miss, I’m gay” dan dalam tempoh masa selama sejam, video itu telah meraih 1.3 juta tontonan.

Selepas gagal menepati sasaran, penghibur lagenda ini telah memberikan satu pandangan ke arah kamera, sebelum berpusing secara dramatik dan mengangkat tangannya ke udara. 


Susulan daripada video yang dimuatnaik itu, Madonna telah diserang oleh  peminatnya yang tersinggung selepas memberikan bayangan bahawa dia gay dalam videoTikTok yang tular tersebut. 


IG Madonna

Namun, salah seorang peminat tegar Madonna menulis di Twitter: “Tindakan pelik Madonna ini, bukan sesuatu yang saya jangkakan. Madonna bukan gay. Dia hanya mahukan perhatian”. 

Yang lain menulis: "Mereka melakukan ini untuk kerjaya dan untuk mencari perhatian. Madonna bukan gay dan tidak pernah. 

Tidak jelas sama ada bintang itu hanya bergurau atau benar-benar membuat kenyataan mengenai seksualitinya.


Twitter

Walaupun pernah bercumbu dengan beberapa artis wanita sebelum ini seerti Britney Spears dan Christina Aguilera di Anugerah MTV Muzik Video 2003, namun dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan wanita secara terang-terangan. 

Bahkan, sebelum ini, dia lebih banyak dilaporkan menjalinkan hubungan dengan lelaki termasuk Tupac Shakur, Vanilla Ice, and Dennis Rodman.

Dia juga pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu bersama aktor Sean Penn pada 1985 sehingga 1989 dan kemudian bersama produser dan pengarah Hollywood, Guy Ritchie yang mana, mereka dikurniakan anak lelaki, Rocco, 22.  

Dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang penari bersama Carlos Leon yang juga bapa kepada anak perempuanyan, Lourdes, 25. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 12-10-2022 08:29 PM
Punngung acik Madonna ni pelik dah mcm Niki Minaj
Quote Samerosie 12-10-2022 08:44 PM
La nak gay gay mende nya dia mmg bisex pun dari zaman 80s lagi dah tau.
Quote Carcosa 12-10-2022 11:20 PM
Ya hamponnnnn, muka acik Madonna dah mcm apa dah. Lain bebenau
Quote margo20 13-10-2022 09:49 AM
Ni madonna ke madonat?
Quote cikatilia 13-10-2022 09:59 AM
seram nya tgk tek dia
tu baju ke cat badan aje
Quote babelina 13-10-2022 10:32 AM
dia dh lain bebenor.. syg btl.. klau mcm CHer tu xper la juga..
Quote greantea 13-10-2022 11:36 AM
lain muka gambar ngan muka video
Quote sue_liah 13-10-2022 04:09 PM
seramnya muka sheols mcm hantu
Quote Prickford 13-10-2022 04:16 PM
Seram tengok Madonna skang. Umur sebaya Sharon Stone. Tapi Kak Sharon aging gracefully je. Madonna ni macam try hard nak maintain umur 20an. Apo!
Quote Page88 13-10-2022 04:18 PM
sue_liah replied at 13-10-2022 04:09 PM
seramnya muka sheols mcm hantu

Excessive plastic surgery & excessive botox does this to one's face.
Quote anony-mous 14-10-2022 02:28 AM
Buruknya muka surgery sheol. Sepesen jah semua muka yg duk cucuk2 ni
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:36 AM
aduhh.. dah cecah umur 50-an da nenek madonna ooii

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.053601 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top