CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertekan Pedal Minyak, Naza Ria Rempuh 'Masuk' BubbleBee

14-10-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1927| Komen: 19

Sebuah premis di Meru Raya di Ipoh dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria, semalam.

Harian Metro melaporkan, pemandu kenderaan berkenaan bagaimanapun bernasib baik terselamat dalam kejadian itu.


IG Shuib

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berpunca daripada pemandu gagal mengawal kenderaan dan tertekan pedal sehingga terlanggar motosikal serta premis tersebut.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam kira-kira 10.35 pagi semasa pemandu kenderaan jenis Naza Ria sedang meletakkan kenderaan berhadapan premis itu.



IG Shuib

"Pemandu tiba-tiba tertekan pedal minyak dan meluncur melanggar motosikal yang parkir dihadapan serta melanggar premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Yusri berkata, insiden berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa.


IG Shuib

"Seorang wanita berusia 31 tahun yang juga pemilik motosikal tidak mengalami kecederaan.

"Begitu juga dengan seorang wanita berusia 25 tahun selaku penyelia premis juga tidak cedera," katanya.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasi mengikut Rule 10 LN 166/59.




Sementara itu, pelawak Shuib turut berkongsi mengenai kejadian itu di Instagramnya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 14-10-2022 10:56 AM
keta oto kot tertkn minyak pdhal nk tkn brek
Quote Samerosie 14-10-2022 11:05 AM
Ini mesti ingat masuk reverse gear tapi sebenarnya in D.
Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:05 AM
Pemandu Naza tak sebut.
Quote supernaturalee 14-10-2022 11:08 AM

sekali nama pun naza


koh koh koh


Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:10 AM


Pekerja premis dan pemilik motor disebutkan umur, pemandu tu takde.

Bukannya apa... kengkadang warga berumur ni sinonim dengan 'tertekan pedal minyak'.
Quote Belibis 14-10-2022 11:37 AM
Sebab tu la aku takut bawak keta auto..salah pijak jer berkokok tayar dia pegi..
Quote cmf_PariS 14-10-2022 11:38 AM
halalkan je la kata kaya kan soib
Quote Radzor 14-10-2022 11:40 AM
Belibis replied at 14-10-2022 11:37 AM
Sebab tu la aku takut bawak keta auto..salah pijak jer berkokok tayar dia pegi..

Pakai myvi la.. klu ada halangan depan tekan minyak dia tak jalan pon
Quote Belibis 14-10-2022 11:42 AM
Radzor replied at 14-10-2022 11:40 AM
Pakai myvi la.. klu ada halangan depan tekan minyak dia tak jalan pon

Mevi advance ke???
Quote ctaz 14-10-2022 11:43 AM
marah betul driver tu dgn BubbleBee

hahaha
Quote Radzor 14-10-2022 11:49 AM

Yea .. ape2 perodua mid dgn high spec ada..
Quote mizruncing 14-10-2022 11:55 AM
pelik2 je lahh
Quote ainonymous 14-10-2022 12:22 PM
Radzor replied at 14-10-2022 11:49 AM
Yea .. ape2 perodua mid dgn high spec ada..

volvo pun ada spec mcm ni tak? mcm mana nak tau?
Quote I.K.A888990 14-10-2022 02:02 PM
nasib tak ada yg cedera
Quote umbut 14-10-2022 02:32 PM
Sapa nak ganti kerosakan kedai tu.. Nasib takda meja org makan kat depan tu.. Kdg nak makan kat area depan parking pun seram kalo tetiba kes mcm ni
Quote Nham22 14-10-2022 02:50 PM
Yg lain ko sebut.. Tp pemandu tu x sebut pulakk
Quote TOPwind 14-10-2022 03:01 PM

maybe

1 Pompuan
2 Bontot kuali mabok
3 Bukan mat rempit

Quote Radzor 15-10-2022 02:42 AM
Edited by Radzor at 15-10-2022 02:51 AM
ainonymous replied at 14-10-2022 12:22 PM
volvo pun ada spec mcm ni tak? mcm mana nak tau?


Volvo ada.
[youtube]WbW2UgmjJUA[/youtube]

Perodua sejak 2 taon lepas. Yg last tu klu ttekan minyak. Skrg steering pun boleh kona sendiri tayah pegang.
[youtube]j4hZaBtMKNQ[/youtube]
Quote ainonymous 17-10-2022 09:13 AM

ooohh okay2 baik. terima kasih

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042136 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top