Sebuah premis di Meru Raya di Ipoh dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria, semalam.
Harian Metro melaporkan, pemandu kenderaan berkenaan bagaimanapun bernasib baik terselamat dalam kejadian itu.
IG Shuib
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berpunca daripada pemandu gagal mengawal kenderaan dan tertekan pedal sehingga terlanggar motosikal serta premis tersebut.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam kira-kira 10.35 pagi semasa pemandu kenderaan jenis Naza Ria sedang meletakkan kenderaan berhadapan premis itu.
IG Shuib
"emandu tiba-tiba tertekan pedal minyak dan meluncur melanggar motosikal yang parkir dihadapan serta melanggar premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Yusri berkata, insiden berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa.
IG Shuib
"Seorang wanita berusia 31 tahun yang juga pemilik motosikal tidak mengalami kecederaan.
"Begitu juga dengan seorang wanita berusia 25 tahun selaku penyelia premis juga tidak cedera," katanya.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasi mengikut Rule 10 LN 166/59.
Sementara itu, pelawak Shuib turut berkongsi mengenai kejadian itu di Instagramnya.