CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah, Bekas Timbalan Pengarah Maqis Kelantan Direman SPRM

13-10-2022 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1294| Komen: 1

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman pengarah dan bekas timbalan pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu pembekalan makanan haiwan.


Menurut umber SPRM, kedua-dua individu itu direman seminggu sehingga Rabu depan dan perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.


Sinar Harian

"Pengarah Maqis yang berusia 44 tahun itu ditahan pada Rabu jam 8.45 malam di pejabat SPRM Kelantan di sini. Lelaki itu direman bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut," katanya.


Menurut sumber, bekas timbalan pengarah Maqis berusia 55 tahun ditahan jam 7 malam pada Selasa di pejabat SPRM Kelantan.

Sumber berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas dipercayai berpakat dengan pembekal bagi mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu berhubung pembekalan makanan haiwan kepada Maqis Kelantan pada Januari dan Mac lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-10-2022 10:22 AM
Gemok gundu buruk perangai makan rasuah puii

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.031154 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top