CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 662|Reply: 1

Pengarah, Bekas Timbalan Pengarah Maqis Kelantan Direman SPRM

[Copy link]
Post time 13-10-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman pengarah dan bekas timbalan pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu pembekalan makanan haiwan.


Menurut umber SPRM, kedua-dua individu itu direman seminggu sehingga Rabu depan dan perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Khamis.




Sinar Harian




"engarah Maqis yang berusia 44 tahun itu ditahan pada Rabu jam 8.45 malam di pejabat SPRM Kelantan di sini. Lelaki itu direman bermula hari ini sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut," katanya.


Menurut sumber, bekas timbalan pengarah Maqis berusia 55 tahun ditahan jam 7 malam pada Selasa di pejabat SPRM Kelantan.


Sumber berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas dipercayai berpakat dengan pembekal bagi mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu berhubung pembekalan makanan haiwan kepada Maqis Kelantan pada Januari dan Mac lalu.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 10:22 AM | Show all posts
Gemok gundu buruk perangai makan rasuah puii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.644134 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list