Amelia Henderson tenang bakal ke mahkamah pada sebutan kes membabitkan dakwaan melanggar kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Production pada November ini.
Amelia, 26, berkata, perkara itu disifatkan sebagai dugaan dalam kariernya dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk diselesaikan secara berhemah. "Selagi saya boleh tidur dengan tenang, maksudnya semuanya masih berjalan lancar dan kita kena hadap dengan dugaan yang datang. "Saya tak dapat memberikan komen lanjut mengenainya kerana ia isu sensitif dan masih dalam proses perundangan. Kami akan ke mahkamah untuk sebutan kes pada 1 dan 2 November ini," katanya kepada mStar.
Terdahulu, Amelia dan aktor Idris Khan didakwa melanggar kontrak perjanjian drama berkenaan yang sudah ditandatangani sebelum ini.
|
gerbera.memopad replied at 14-10-2022 09:30 AM
Lawalah dia ni. Aku prefer dia lagi dari Anna Jobling. Anna tu vibe negetive sangat ku rasa
ADVERTISEMENT