View: 1914|Reply: 9
|
Amelia Handerson Tidur Lena Walau Dah Buat A.Aida Berang, Tak Kisah Langsung Naik Mahkamah
[Copy link]
|
|
Amelia Henderson tenang bakal ke mahkamah pada sebutan kes membabitkan dakwaan melanggar kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Production pada November ini.
Amelia, 26, berkata, perkara itu disifatkan sebagai dugaan dalam kariernya dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk diselesaikan secara berhemah.
Foto: IG
"Selagi saya boleh tidur dengan tenang, maksudnya semuanya masih berjalan lancar dan kita kena hadap dengan dugaan yang datang.
"Saya tak dapat memberikan komen lanjut mengenainya kerana ia isu sensitif dan masih dalam proses perundangan. Kami akan ke mahkamah untuk sebutan kes pada 1 dan 2 November ini," katanya kepada mStar.
Terdahulu, Amelia dan aktor Idris Khan didakwa melanggar kontrak perjanjian drama berkenaan yang sudah ditandatangani sebelum ini.
Penerbitnya, Datuk A. Aida mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pelakon itu kerana kecewa dengan sikap tidak profesional mereka sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kerugian.
Dalam pada itu, Amelia enggan mengulas mengenai hubungannya dengan A. Aida yang didakwa tercalar ekoran insiden berkenaan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Kata Amelia, dia memilih untuk tidak bercakap mengenainya kerana ada banyak hati yang perlu dijaga terutama keluarga dan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang ini. Dalam setiap yang saya lakukan, saya tidak boleh mengawal tindakan semua pihak.
"Apa yang penting, saya kena ikhlas dan cuba untuk buat yang terbaik untuk penonton, peminat dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan," ujarnya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Org cun elok ensem mmg sentiasa cool |
|
|
|
|
|
|
|
cun cantik tapi sewel sebab tu kena cerai
cantik mcm mana pun hanya laki dia yang pernah toron dia kenal dia siapa
aku nampak dia ni bodo tongong!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Xminat jenis tangan kaki bulu. Muka kelly ng. Tapi more so sbb vibes dia xbest. Sama macam yenna kerjaling. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak penah rasa dia terpaling cantik mcm yg diclaim pastu kejenya menayang keti aje lah |
|
|
|
|
|
|
|
dah basi la gosip saman2 ni... entah2 marketing untuk promosi drama yang kian sendu jah
sebabtu semua boleh tido lena sambil baca novel gittuhh... |
|
|
|
|
|
|
|
kaler rambut dia so mehhh
tp dia tetap cantik…kaki lawooo |
|
|
|
|
|
|
|
Lawalah dia ni. Aku prefer dia lagi dari Anna Jobling. Anna tu vibe negetive sangat ku rasa |
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 14-10-2022 09:30 AM
Lawalah dia ni. Aku prefer dia lagi dari Anna Jobling. Anna tu vibe negetive sangat ku rasa
Meols setuju yang ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|