CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Prekuel Mat Kilau Tapi Tanpa Syamsul Yusof, Adi Putra Dan Beto Kusyairi

13-10-2022 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2961| Komen: 29

Syarikat produksi Studio Kembara Sdn Bhd bakal menerbitkan filem prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan selepas kejayaan karya itu menambat hati penonton sehingga mendapat kutipan luar biasa RM97 juta sepanjang ditayangkan di pawagam.


Penerbitnya, Rahman Md Dali bagaimanapun memberitahu karya terbaharu terbitan syarikatnya itu tidak akan menggunakan khidmat Syamsul Yusof sebagai pengarah serta dua pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi.



Menyangkal wujud sebarang masalah di antara mereka, Rahman sebaliknya menjelaskan jalan cerita prekuel tersebut tidak melibatkan watak dimainkan oleh Adi dan Beto serta mahu memberi peluang kepada pengarah lain menerajui filem berkenaan.


"Sebenarnya memang sudah ada perancangan untuk penggambaran filem berkenaan malah kami telah pun menandatangani kontrak dengan beberapa orang pelakon.

"Syamsul, Adi dan Beto tidak terlibat disebabkan belum wujud watak mereka dalam prekuel.

"Manakala tugas pengarah pula saya mahu beri peluang kepada orang lain... takkan nak bergantung selamanya kepada Syamsul," katanya kepada mStar.


Rahman, Foto: mStar

Rahman berkata demikian ketika majlis meraikan media bersama Studio Kembara yang berlangsung di Bangi, Selangor pada Khamis.

Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Adi dan Syamsul yang dikatakan bermasalah, Rahman menjelaskan tidak wujud sebarang konflik di antara mereka.

Sebaliknya kata Rahman, kekangan masa membuatkan mereka jarang dapat bertemu atau bertanya khabar menerusi telefon.

"Saya nak jelaskan di sini bahawa hubungan kami baik-baik sahaja. Ketika promosi Mat Kilau di Jakarta sebelum ini pun Adi ada cakap tiada masalah.

"Cuma kami memang jarang berhubung disebabkan komitmen kerja masing-masing. Tentang maslah komunikasi yang terjadi sebelum ini, saya sudah jelaskan dan ia selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, Rahman turut menunaikan hajat untuk memberi imbuhan berpatutan kepada seluruh produksi selepas kejayaan filem itu di pawagam.

Bukan itu sahaja, dia bakal mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Sebagai permulaan, saya telah kumpulkan barisan pelakon untuyk bawa mereka menunaikan umarah pada November ini. Imbuhan akan diberikan kepada produksi mengikut kesesuaian tugas mereka sepanjang penggambaran.

"Pihak kami juga telah membeli dua buah mesin rawatan dialisis untuk membantu golongan seni atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah buah pinggang. Ia sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab sosial pihak kami," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 13-10-2022 05:20 PM
Bamtah ada ke nak tengok bamtah
Quote Nenolen 13-10-2022 05:40 PM
Hoshhi replied at 13-10-2022 05:20 PM
Bamtah ada ke nak tengok bamtah

sama lah dgn kaka…harap Fattah ada lagi…hehehe
Quote Namy1971 13-10-2022 07:06 PM
Nenolen replied at 13-10-2022 05:40 PM
sama lah dgn kaka…harap Fattah ada lagi…hehehe

Penerbit sebut syamsul and beto adi je xde. So bamtah ada lettew
Quote .HannahMontana. 13-10-2022 07:08 PM
Harap sangat Fazura jadi Dayang senandong
Quote dudaberhias 13-10-2022 07:09 PM
tak nak lah tengok... yang terkini tu pun trauma tengok mk bercakap sambil beliak2 bijik mata...
Quote Hoshhi 13-10-2022 07:35 PM
dudaberhias replied at 13-10-2022 07:09 PM
tak nak lah tengok... yang terkini tu pun trauma tengok mk bercakap sambil beliak2 bijik mata...

Kalini takde ADP. Mungkin watak MK dapat dekat orang lain
Quote cikyaa_aziz 13-10-2022 09:19 PM
Tp yakinkah beliau prekuel ini akan laku?
Quote irsa 13-10-2022 09:37 PM
Siapa pengarah yg ambil alih tpt syamsul tu nanti agaknya
Quote miamiot 13-10-2022 09:46 PM
Iols speku Pengarah Yusry , Mat Kilau Abam Wemy ... Watak wahid mmg dh mati ...ahh gitew
Quote cicicumel 13-10-2022 09:49 PM
miamiot replied at 13-10-2022 09:46 PM
Iols speku Pengarah Yusry , Mat Kilau Abam Wemy ... Watak wahid mmg dh mati ...ahh gitew

Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita watak ayah MK iaitu Tok Gajah?

Logiknya, watak Fattah Amin pon x wujud.
Quote Lampuled 13-10-2022 09:51 PM
Prekuel tu apa?  Sll dgr sekuel je.
Quote miamiot 13-10-2022 09:56 PM
Edited by miamiot at 13-10-2022 10:00 PM
cicicumel replied at 13-10-2022 09:49 PM
Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita  ...


Sorry sis , terbaca tajuk nmpk sekuel ... Baca laju2... Kalau prekuel , mgkn watak2 tu bg kat org lain la ... Iols rasa prekuel ni studio kembara x target boom mcm MK1
Quote F685 13-10-2022 09:59 PM
Lampuled replied at 13-10-2022 09:51 PM
Prekuel tu apa?  Sll dgr sekuel je.


Prekuel :
Filem kedua atau seterusnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum daripada filem asal.
Quote Lampuled 13-10-2022 10:32 PM
F685 replied at 13-10-2022 09:59 PM
Prekuel :
Filem kedua atau seterusnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum daripada fil ...

I see..tq² ilmu baru yg dpt hr ni.
So contoh prekuel mcm filem starwars tu la agaknye.
Quote sr10 13-10-2022 10:47 PM
cicicumel replied at 13-10-2022 09:49 PM
Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita  ...

Watak awang wujud in reality
Quote jejaka_hensem 13-10-2022 10:52 PM
Ala,xdapat la tengok mat kilau lari dgn gaya kelakarnya tu
Quote cicicumel 13-10-2022 10:54 PM
sr10 replied at 13-10-2022 10:47 PM
Watak awang wujud in reality

Mmg la wujud sis, tp oleh krn ni filem prequel, dan dikatakan Mat Kilau x wujud lagi so xkanlah Awang dh wujud. Tggu dia buat SEQUEL ada la nanti watak Awang. X pon spin - off khas utk Awang watak utama.
Quote casper2022 14-10-2022 09:52 AM
sy tgk filem ni sbb pengarah je..
Quote rosedemon 14-10-2022 09:57 AM
adui tak payah prekuel2 lah. ko mltup tu nasib je. mslhnya bukan best pon

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077307 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top