View: 2537|Reply: 29
|
Ada Prekuel Mat Kilau Tapi Tanpa Syamsul Yusof, Adi Putra Dan Beto Kusyairi
[Copy link]
|
|
Syarikat produksi Studio Kembara Sdn Bhd bakal menerbitkan filem prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan selepas kejayaan karya itu menambat hati penonton sehingga mendapat kutipan luar biasa RM97 juta sepanjang ditayangkan di pawagam.
Penerbitnya, Rahman Md Dali bagaimanapun memberitahu karya terbaharu terbitan syarikatnya itu tidak akan menggunakan khidmat Syamsul Yusof sebagai pengarah serta dua pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairi.
Menyangkal wujud sebarang masalah di antara mereka, Rahman sebaliknya menjelaskan jalan cerita prekuel tersebut tidak melibatkan watak dimainkan oleh Adi dan Beto serta mahu memberi peluang kepada pengarah lain menerajui filem berkenaan.
"Sebenarnya memang sudah ada perancangan untuk penggambaran filem berkenaan malah kami telah pun menandatangani kontrak dengan beberapa orang pelakon.
"Syamsul, Adi dan Beto tidak terlibat disebabkan belum wujud watak mereka dalam prekuel.
"Manakala tugas pengarah pula saya mahu beri peluang kepada orang lain... takkan nak bergantung selamanya kepada Syamsul," katanya kepada mStar.
Rahman, Foto: mStar
Rahman berkata demikian ketika majlis meraikan media bersama Studio Kembara yang berlangsung di Bangi, Selangor pada Khamis.
Sementara itu, menjelaskan hubungannya dengan Adi dan Syamsul yang dikatakan bermasalah, Rahman menjelaskan tidak wujud sebarang konflik di antara mereka.
Sebaliknya kata Rahman, kekangan masa membuatkan mereka jarang dapat bertemu atau bertanya khabar menerusi telefon.
"Saya nak jelaskan di sini bahawa hubungan kami baik-baik sahaja. Ketika promosi Mat Kilau di Jakarta sebelum ini pun Adi ada cakap tiada masalah.
"Cuma kami memang jarang berhubung disebabkan komitmen kerja masing-masing. Tentang maslah komunikasi yang terjadi sebelum ini, saya sudah jelaskan dan ia selesai," ujarnya.
Dalam pada itu, Rahman turut menunaikan hajat untuk memberi imbuhan berpatutan kepada seluruh produksi selepas kejayaan filem itu di pawagam.
Bukan itu sahaja, dia bakal mengambil inisiatif membantu golongan memerlukan sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
"Sebagai permulaan, saya telah kumpulkan barisan pelakon untuyk bawa mereka menunaikan umarah pada November ini. Imbuhan akan diberikan kepada produksi mengikut kesesuaian tugas mereka sepanjang penggambaran.
"ihak kami juga telah membeli dua buah mesin rawatan dialisis untuk membantu golongan seni atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah buah pinggang. Ia sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab sosial pihak kami," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bamtah ada ke nak tengok bamtah |
|
|
|
|
|
|
|
Hoshhi replied at 13-10-2022 05:20 PM
Bamtah ada ke nak tengok bamtah
sama lah dgn kaka…harap Fattah ada lagi…hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nenolen replied at 13-10-2022 05:40 PM
sama lah dgn kaka…harap Fattah ada lagi…hehehe
Penerbit sebut syamsul and beto adi je xde. So bamtah ada lettew |
|
|
|
|
|
|
|
Harap sangat Fazura jadi Dayang senandong |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak lah tengok... yang terkini tu pun trauma tengok mk bercakap sambil beliak2 bijik mata... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 13-10-2022 07:09 PM
tak nak lah tengok... yang terkini tu pun trauma tengok mk bercakap sambil beliak2 bijik mata...
Kalini takde ADP. Mungkin watak MK dapat dekat orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tp yakinkah beliau prekuel ini akan laku? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pengarah yg ambil alih tpt syamsul tu nanti agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Iols speku Pengarah Yusry , Mat Kilau Abam Wemy ... Watak wahid mmg dh mati ...ahh gitew |
|
|
|
|
|
|
|
miamiot replied at 13-10-2022 09:46 PM
Iols speku Pengarah Yusry , Mat Kilau Abam Wemy ... Watak wahid mmg dh mati ...ahh gitew
Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita watak ayah MK iaitu Tok Gajah?
Logiknya, watak Fattah Amin pon x wujud. |
|
|
|
|
|
|
|
Prekuel tu apa? Sll dgr sekuel je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miamiot at 13-10-2022 10:00 PM
cicicumel replied at 13-10-2022 09:49 PM
Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita ...
Sorry sis , terbaca tajuk nmpk sekuel ... Baca laju2... Kalau prekuel , mgkn watak2 tu bg kat org lain la ... Iols rasa prekuel ni studio kembara x target boom mcm MK1 |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 13-10-2022 09:51 PM
Prekuel tu apa? Sll dgr sekuel je.
Prekuel :
Filem kedua atau seterusnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum daripada filem asal. |
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 13-10-2022 09:59 PM
Prekuel :
Filem kedua atau seterusnya yang dihasilkan tetapi penceritaannya sebelum daripada fil ...
I see..tq² ilmu baru yg dpt hr ni.
So contoh prekuel mcm filem starwars tu la agaknye. |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 13-10-2022 09:49 PM
Prekuel sis.. Bkn sequel. So watak yg mati dlm MK, semua masih hidup dlm prequel. Mgkin nk cerita ...
Watak awang wujud in reality |
|
|
|
|
|
|
|
Ala,xdapat la tengok mat kilau lari dgn gaya kelakarnya tu |
|
|
|
|
|
|
|
sr10 replied at 13-10-2022 10:47 PM
Watak awang wujud in reality
Mmg la wujud sis, tp oleh krn ni filem prequel, dan dikatakan Mat Kilau x wujud lagi so xkanlah Awang dh wujud. Tggu dia buat SEQUEL ada la nanti watak Awang. X pon spin - off khas utk Awang watak utama. |
|
|
|
|
|
|
|
sy tgk filem ni sbb pengarah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
adui tak payah prekuel2 lah. ko mltup tu nasib je. mslhnya bukan best pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|