Tidak dinafikan kehebatan penyanyi tersohor tanah air di pentas nyanyian. Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman di TikTok mendakwa suara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti kedengaran berbeza ketika membuat persembahan di sebuah rancangan televisyen.
Menerusi video itu, individu berkenaan memuat naik dua versi nyanyian Tok Ti ketika secara langsung dan ketika didengari melalui televisyen. Justeru, dia mempersoalkan mengapa suara penyanyi kesayangan ramai kedengaran berbeza di TV.
Susulan itu, beberapa warganet tampil memberi penjelasan dan pandangan mengenai perbezaan suara Siti Nurhaliza seperti yang didakwa. Dalam pada itu, ramai yang tidak dapat menafikan bahawa suara pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu lebih merdu ketika didengari secara langsung. Sampai boleh meremang lah, katanya! Sumber: Xtra |
makton replied at 14-10-2022 01:13 PM
yg pasti suara tokti lepas kawin jadi "garau"
aku suka lagi suara siti masa zaman lagu Kau Kekasihk ...
Solokkk replied at 14-10-2022 01:26 PM
Cuma nak cakap, pic kat artikel tuh, fesyen apo tuh Tok Ti?
ADVERTISEMENT