CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2479|Reply: 13

Kenapa Suara Tok Ti Dalam TV Tak Sama Dengan Live?

[Copy link]
Post time 13-10-2022 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan kehebatan penyanyi tersohor tanah air di pentas nyanyian.


Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu rakaman di TikTok mendakwa suara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti kedengaran berbeza ketika membuat persembahan di sebuah rancangan televisyen.




IG Tok Ti




Menerusi video itu, individu berkenaan memuat naik dua versi nyanyian Tok Ti ketika secara langsung dan ketika didengari melalui televisyen.


Justeru, dia mempersoalkan mengapa suara penyanyi kesayangan ramai kedengaran berbeza di TV.


Susulan itu, beberapa warganet tampil memberi penjelasan dan pandangan mengenai perbezaan suara Siti Nurhaliza seperti yang didakwa.











Dalam pada itu, ramai yang tidak dapat menafikan bahawa suara pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu lebih merdu ketika didengari secara langsung. Sampai boleh meremang lah, katanya!




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 03:21 PM | Show all posts
sama jah suaranya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 04:52 PM | Show all posts
sama jahhh....kat tv dah mixed & merge dengan music, takde bunyik echo dewan, takde bunyik nafas tukang rakam, mic camera phone & mic direct masuk tv memang la lain.. phone capture semua... mic dia pakai tu direct masuk dalam sistem audio... live sedap sebab reverb telinga kau & microphone telefon yg rakam tu.. tu jek.. keluar tv dah merge semua, tak semua TV ada surround system...tu dengar flat je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama saja lah! Confirm yang buat perbandingan tu tak cerdik IT
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 06:36 PM | Show all posts
bukan normal ke real voice lari sikit dengan recording voice
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb suara dia dh x sedap

Tibe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 06:51 PM | Show all posts
sama je????? apa ko cuba bagitahu ni dikkkkk...
nak kata suara tokti tak sedap??? tuuu penyanyi bernombor tu dikkkkkk....
dah bernombor... berani pula kau main2 dengan nombor tu yach....

actually tu bergantung pada benda apa kau pakai untuk rakam... macam kau b40 kan... sudah semestinya pakai calculator nak rakam time live tu... mana tak sedih bunyi sound kalau dah rakam pun pakai kalkulator...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 12:26 AM | Show all posts
sama jahh.... mesti tukang rakam tu batak baru first time tengok tokti nyanyi depan mata...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 01:48 AM | Show all posts
kalau tengok live, vokal sheols memang kedengaran jauh lebih sedap pon. Sila pergi ke konser sheols yach nanti akan dapat rasa aura ittew. Di samping itu juga, sound system memainkan peranan penting. Tapi vokal sheols memang jelas, ada resonans girtuh. Bercakap pon dah sedap. tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:10 PM | Show all posts
sama je?

yg lainnya adalah, live tak sesedap album. faktor usia kah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:13 PM | Show all posts
yg pasti suara tokti lepas kawin jadi "garau"

aku suka lagi suara siti masa zaman lagu Kau Kekasihku, Jerat Percintaan, Cindai dan seangkatannya
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma nak cakap, pic kat artikel tuh, fesyen apo tuh Tok Ti?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:00 PM | Show all posts
makton replied at 14-10-2022 01:13 PM
yg pasti suara tokti lepas kawin jadi "garau"

aku suka lagi suara siti masa zaman lagu Kau Kekasihk ...

faktor usia kut...skrg suara tokti mcm besar gitu
masa lagu dulu2 tu mmg lembut je masa zaman jerat percintaaan
pastu ko banding ngn lagu skrg aku bidadari syurgamu tu
mmg lain sikit
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 02:55 PM | Show all posts
Solokkk replied at 14-10-2022 01:26 PM
Cuma nak cakap, pic kat artikel tuh, fesyen apo tuh Tok Ti?

pesyen dia mmg hauk kan.
satu kaler je dr atas smpai bawah. style pun pelik2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.104710 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list