Anna Jobling mencuri perhatian selepas sebuah video memaparkan dirinya menari tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Anna memakai baju merah hitam dan berseluar denim serta memakai headband bercorak. Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah segelintir netizen mempersoalkan corak yang tertera di headband Anna dikatakan seperti simbol lambang salib. Bagaimanapun, aktres drama Melur Untuk Firdaus ini berkongsi foto ‘close-up’ ketika menjalankan penggambaran tersebut. Susulan itu, setengah netizen tampil ‘backup’ Anna dengan berkata corak yang terdapat pada headband selebriti kegemaran mereka itu adalah bunga hitam yang turut dikelilingi bunga putih.
Sebelum ini, Anna heboh menjadi perbualan hangat netizen selepas pelakon Khadijah Halim didakwa memuat naik hantaran berbaur sindiran kepadanya dan Meerqeen.-CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT