CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fahrin Ahmad Menyampah Makcik Meniaga Nasi Lemak Gaduh Meniaga Sebelah-Menyebelah

13-10-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2461| Komen: 16

Susulan video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.


Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.

Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.


Foto: IG

"Entah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut... apa nak halang," katanya.


Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.



"Stesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.

"Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini," ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.



"Dia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.

"Melayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis," tulis netizen.



Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.

Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 13-10-2022 11:18 AM
mmg sedih tgk kejadian nie.. mcm.. Ya Allah.. hati manusia nie..
tkejut btl.. tergamak halau camtu..
Quote lasagna 13-10-2022 11:21 AM
katanya smlm dah kena hangkut gerai acik yg jelez tu.. haaa merasaaa..
Quote Nuyak 13-10-2022 12:19 PM
sakit hati tgk video tu..serabai betul perangai...
Quote elzy 13-10-2022 12:22 PM
Memalukan sesama bangsa.. Cari rezeki pun bergaduh-gaduh rebut kawasan.. Buruk betul perangai.
Quote Afifi82 13-10-2022 12:23 PM
Kawasan tu besar, bole je sama2 meniaga.. alahai..
Quote bulalof 13-10-2022 01:38 PM
memang dlm genetic melayu ni dengki tak boleh dipisah keluarkan.
Quote buragazz 13-10-2022 01:43 PM
Kemain dia sound "aku tau esok kau takde kat sini"... macam kan dia tuan tanah...
Quote casper2022 13-10-2022 01:48 PM
tu yg viral.. yg xviral byk je mcm tu. tu la melayu xbole maju. dengki.
Quote suka2 13-10-2022 02:22 PM
Apa nak pelik. Ni mmg biasa sgt la dikalangan acik2 nasik lemak tepi jalan. Koser sangat lah. Tu pasal masa pkp lama dulu aku sikit pun tak kesian kat penjaja tepi jalan especially makcik2 nasik lemak ni. Perangai pailang makcik kawasan sangat. Kat area perumahan parents aku ni, satu2nya makcik nasik lemak area situ akan report kat pbt kalau ada org lain bukak payung niaga padahal jauh jarak dalam 300m dari payung dia mcm tu la.
Quote Tokeybundle 13-10-2022 02:43 PM
Yg tempik dpn2 satu hal.yg diam2 hntr santau pun satu hal gak.pelik btl aku.
Padahal x kaya pun kalau kau niaga sorg2 pun
Lain la terus jatuh muflis
Niaga la sama2
Quote olaklempit 13-10-2022 03:19 PM
Yang sepah niaga tepi jalan ni bukan semua sedap...ibarat orang nak niaga kau pun nak. Ada baca sok sek sok sek makcik ni makanan pun tak seberapa dan orang lari gerai lain. Agaknya tu yg dia sempat intip dan tau semua.

Letihlah dan minta kita semua jauh drp orang macam ni
Quote ezacbee 13-10-2022 03:22 PM
Cara kasar xboleh guna cara halus.. Camtulah..
Quote rosedemon 14-10-2022 09:51 AM
kahkah lawak la makcik padan muke satu mlysia viral
Quote September14 14-10-2022 10:07 AM
Sbbtu kkdg ada ns lemak/mknan sedap baru nak repeat tetiba dah xde… ni kes2 x puas hati acik2 sblh la kut
Quote Nnasda53 14-10-2022 10:12 AM
Elok pun kena angkut.
Cakap besar sangat makcik tu.
Kalau iols mmg tak beli dah kat makcik tu.
Quote TomyamPuteh 14-10-2022 10:55 AM
Anak Fahrin Hensem. Bakalan lg hensem bila besar nnti.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.115348 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top