CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Harga Tahun 90-an! Gila Kedai Ini Meniaga, RM13 Untuk Tiga Orang Makan

12-10-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1643| Komen: 9

Walau harga barang semakin naik, ramai netizen kagum dengan operasi kedai makan di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong yang murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an.


Ia berikutan perkongsian video pengguna TikTok, M. Abdul Salam mengenai harga makanan yang hanya berjumlah RM13 untuk tiga orang makan.


TikTok

Pengguna TikTok itu  berkata, selama setahun dia makan di kedai tersebut, harganya tidak pernah berubah dan masih mengekalkan harga sama.


“Ini bukan silap kira ya. Dah setahun saya makan di sini dan harganya memang save pocket. Saya orang Gombak, terkejut juga bila mula-mula sampai Puchong, tiga orang makan pun baru  RM13,” katanya.

Perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum, namun ada yang mempersoal harga makanan tersebut.



“Salah kira kot ni, takkan nasi campur tiga, air tiga, RM13 tambah dengan lauk ayam dan ikan,” komen seorang pengguna TikTok @haziqQu.

“Mungkin dia kira untuk seorang makan RM13.90, kalau 3 orang makan maka darab tigalah kesemuanya,” soal seorang lagi pengguna TikTok yang sukar mempercayai harga makanan itu.

Namun, Abdul Salam dan beberapa pengguna TikTok yang pernah ke kedai tersebut berkata, harganya memang murah dan berbaloi berbanding dengan kedai makanan yang lain. 


Sumber: UTUSAN

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 12-10-2022 06:18 PM
Sebenarnya peniaga boleh je kasik murah... Tapi kalau dah sewa tempat pun makan modal... Kejadah nak murah!!! Aku pun kekadang beli kat Kampung masih ada jual Nasi lemak Ayam 2 hengget.... Lalu daku pun terkejut LOLL biasa beli luar paling murah pun 6-7 hengget.... Belum kira air kekadang macam harga chicken chop
Quote Highflyer19 12-10-2022 06:38 PM
Baguslah mcm tu...
Quote asfaz 12-10-2022 07:12 PM
Kedai rahmat ni. Murah. Tp ai suka kedai utara ,mahal sikit dlm 50sen-singgit.
Quote Solokkk 12-10-2022 08:11 PM
Semoga melimpah ruah rezkinya
Quote shernazz 12-10-2022 09:29 PM
Ooo situ
Mmg.muraj.pung
Tqpi.iols suka.andak.lagi.
Sebab mmg dari.medan selera yang.lama iols setia dgn andak..hahaha...
Andak.pung mur juga ...
Quote batmana 12-10-2022 09:31 PM
sewa murah bolehla

klu kt lowyat, tapak niaga bsr keranda, sewa sbulan rm8k , cmne nk lepas byr tu ini..
Quote CardiGans85 12-10-2022 09:44 PM
Kedai rahmat. Memang murah..ada satu ketika selalu beli kat sini hampir setiap hari d zmn kejatuhan sebab lagi jimat drpd memasak dan bubur kacang merah harga masih rm2 je.
Quote I.K.A888990 12-10-2022 09:53 PM
bagusla mcm ni
knp la kat area rumah ni xde yg mcm ni
Quote Zack8hunter 12-10-2022 10:08 PM
kalo harga makanan mahal disebabkan kos sewa tapak, awatnya harga makanan gerai main pacak tepi jalan pun setaraf restoran ada aircond??

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038785 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top