CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 9

Macam Harga Tahun 90-an! Gila Kedai Ini Meniaga, RM13 Untuk Tiga Orang Makan

[Copy link]
Post time 12-10-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Walau harga barang semakin naik, ramai netizen kagum dengan operasi kedai makan di Medan Selera Puchong Perdana, Puchong yang murah ibarat harga makanan seperti zaman 90-an.


Ia berikutan perkongsian video pengguna TikTok, M. Abdul Salam mengenai harga makanan yang hanya berjumlah RM13 untuk tiga orang makan.




TikTok




Pengguna TikTok itu  berkata, selama setahun dia makan di kedai tersebut, harganya tidak pernah berubah dan masih mengekalkan harga sama.


“Ini bukan silap kira ya. Dah setahun saya makan di sini dan harganya memang save pocket. Saya orang Gombak, terkejut juga bila mula-mula sampai Puchong, tiga orang makan pun baru  RM13,” katanya.


Perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum, namun ada yang mempersoal harga makanan tersebut.







“Salah kira kot ni, takkan nasi campur tiga, air tiga, RM13 tambah dengan lauk ayam dan ikan,” komen seorang pengguna TikTok @haziqQu.


“Mungkin dia kira untuk seorang makan RM13.90, kalau 3 orang makan maka darab tigalah kesemuanya,” soal seorang lagi pengguna TikTok yang sukar mempercayai harga makanan itu.


Namun, Abdul Salam dan beberapa pengguna TikTok yang pernah ke kedai tersebut berkata, harganya memang murah dan berbaloi berbanding dengan kedai makanan yang lain.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya peniaga boleh je kasik murah... Tapi kalau dah sewa tempat pun makan modal... Kejadah nak murah!!! Aku pun kekadang beli kat Kampung masih ada jual Nasi lemak Ayam 2 hengget.... Lalu daku pun terkejut LOLL biasa beli luar paling murah pun 6-7 hengget.... Belum kira air kekadang macam harga chicken chop
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai rahmat ni. Murah. Tp ai suka kedai utara ,mahal sikit dlm 50sen-singgit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga melimpah ruah rezkinya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo situ
Mmg.muraj.pung
Tqpi.iols suka.andak.lagi.
Sebab mmg dari.medan selera yang.lama iols setia dgn andak..hahaha...
Andak.pung mur juga ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2022 09:31 PM | Show all posts
sewa murah bolehla

klu kt lowyat, tapak niaga bsr keranda, sewa sbulan rm8k , cmne nk lepas byr tu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai rahmat. Memang murah..ada satu ketika selalu beli kat sini hampir setiap hari d zmn kejatuhan sebab lagi jimat drpd memasak dan bubur kacang merah harga masih rm2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla mcm ni
knp la kat area rumah ni xde yg mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo harga makanan mahal disebabkan kos sewa tapak, awatnya harga makanan gerai main pacak tepi jalan pun setaraf restoran ada aircond??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.876698 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list