CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Mampu Buat Apa-Apa, Tak Boleh Kawal Orang Tengok Filem Lisa Surihani Tak Tutup Aurat

12-10-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2025| Komen: 16

Datin Lisa Surihani tidak mampu untuk mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya ketika belum menutup aurat yang masih ada dalam platform penstriman, termasuk YouTube.


Pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata, dia hanya mampu berdoa semoga penghijrahannya menjadi insan lebih baik dipermudahkan.

Foto: IG

“Saya hanya mampu berdoa sebab ada perkara yang bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa.

“Saya sendiri belum arif tentang hukum itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu.

“Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” ujarnya kepada Kosmo! Online.



Isteri kepada penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim itu mengulas tentang filem lama yang memaparkan dirinya tidak bertudung masih boleh ditonton khalayak umum.

Dalam perkembangan sama, Lisa menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa dia sudah berhenti berlakon.



Kata pelakon Lagenda Budak Setan ini, dia kini dalam penggambaran sebuah projek lakonan dan mempertimbangkan beberapa tawaran lain.

“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan).




“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima."-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LembingDayanti 12-10-2022 11:40 AM
aiyooooooo bosan le
Quote electricopop 12-10-2022 01:05 PM
Benda tu normal kut. Past is past. Netizen patut paham je. Plus Lisa always berlakon watak watak yang ok, xde pun mcm watak watak x senonoh ke apa.
Quote Lavender_Violet 12-10-2022 01:11 PM
Semoga istiqomah Lisa...
Baideway....apa cerita Abg Long Yusry sekrg? Dah hilang dari radar. Masih bersama wifenya kah?
Quote nakkomenjugak 12-10-2022 04:42 PM
alohhhhh arwah kak pah zaman2 mendoniaaaa pun susah nak kawal kalau orang nak nengok sangat cite2 lama
iol laaa tuuu
Quote msel 12-10-2022 06:56 PM
memang xmekap langsung ke. cantik kulit dia.
Quote Perawankota 12-10-2022 11:35 PM
msel: memang xmekap langsung ke. can ...


Dia tak make up, tapi dia jaga skin dia betul2.. Harga skincare dia pon ntah berapa..
Quote DeLuna85 13-10-2022 02:01 AM
Bagi aku la kan dia ni artis tercantik Malaysia. No 1. Di ikuti Diana Danielle.
Quote Rogue98 13-10-2022 02:06 AM
Past is past...dah taubat..doa ...tawakal jer..Allah Maha Pengampun.
Aku sedih dengar dia cerita saat bapak dia meninggal dunia tu....
Quote boudinniA 13-10-2022 05:07 AM
Ni jelah kisah artis kat malaysia. Pasal tudung, aurat, anak...bosan.
Quote F685 13-10-2022 07:10 AM
Rogue98 replied at 13-10-2022 02:06 AM
Past is past...dah taubat..doa ...tawakal jer..Allah Maha Pengampun.
Aku sedih dengar dia cerita saa ...

Yang dia menangis tu rupanya dia cerita pasal bapak dia ingatkan pasal hijrah bagai semua tu.

Iols nak tunggu tengok episod Kak Ziana. Tu pun sedih jugak ada kisah cerai suami baran & anak ADHD
Quote F685 13-10-2022 07:12 AM
Ok la jawapan dia tu.
Dia pun relax & cool je tak meratib pasal hal tu di her socmed account.

Media saja yg sibuk tanya masa jumpa di event.
Quote heythere123 13-10-2022 10:01 AM
lisa ni i okay je dengan dia yg sekarang, tapi circle dia tu takleh blah. Jahlop, tya si penjual jamu, pastu set2 artis yg acah good
Quote heythere123 13-10-2022 10:02 AM
electricopop replied at 12-10-2022 01:05 PM
Benda tu normal kut. Past is past. Netizen patut paham je. Plus Lisa always berlakon watak watak yan ...

sheols baju je seksi sikit, takde la daring just jenis pakai singlet gitu. Tapi itupon i rasa dalam first few film je macam I’m Not Single, Cinta Stiletto & Lagenda Budak Setan
Quote telracs 13-10-2022 10:05 AM
Hmmmm...

Kalau nak ikutkan hijrah dari segi pakaian ni, biasa je la kan.

Yang penting, hijrah hati, jiwa dan iman.
Itu semua antara kita dengan Allah.

Tak tahulah nak kata apa....
Quote dekmieDandy 13-10-2022 11:02 AM
nampak la bersungguh nak berhijrah ye

still trauma gambar peha dulu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047321 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top