View: 1641|Reply: 15
|
Tak Mampu Buat Apa-Apa, Tak Boleh Kawal Orang Tengok Filem Lisa Surihani Tak Tutup Aurat
[Copy link]
|
|
Datin Lisa Surihani tidak mampu untuk mengawal tayangan filem-filem lama lakonannya ketika belum menutup aurat yang masih ada dalam platform penstriman, termasuk YouTube.
Pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed, 36, berkata, dia hanya mampu berdoa semoga penghijrahannya menjadi insan lebih baik dipermudahkan.
Foto: IG
“Saya hanya mampu berdoa sebab ada perkara yang bukan dalam kawalan saya. Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa.
“Saya sendiri belum arif tentang hukum itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara itu.
“Saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu (filem) akan hilang sendiri nanti,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Isteri kepada penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim itu mengulas tentang filem lama yang memaparkan dirinya tidak bertudung masih boleh ditonton khalayak umum.
Dalam perkembangan sama, Lisa menafikan tanggapan segelintir pihak bahawa dia sudah berhenti berlakon.
Kata pelakon Lagenda Budak Setan ini, dia kini dalam penggambaran sebuah projek lakonan dan mempertimbangkan beberapa tawaran lain.
“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tidak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo (pelakon undangan).
“Ada juga beberapa tawaran masih dalam pertimbangan. InsyaAllah jika ada watak yang bersesuaian saya terima."-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Benda tu normal kut. Past is past. Netizen patut paham je. Plus Lisa always berlakon watak watak yang ok, xde pun mcm watak watak x senonoh ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga istiqomah Lisa...
Baideway....apa cerita Abg Long Yusry sekrg? Dah hilang dari radar. Masih bersama wifenya kah? |
|
|
|
|
|
|
|
memang xmekap langsung ke. cantik kulit dia. |
|
|
|
|
|
|
|
msel: memang xmekap langsung ke. can ...
Dia tak make up, tapi dia jaga skin dia betul2.. Harga skincare dia pon ntah berapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku la kan dia ni artis tercantik Malaysia. No 1. Di ikuti Diana Danielle. |
|
|
|
|
|
|
|
Past is past...dah taubat..doa ...tawakal jer..Allah Maha Pengampun.
Aku sedih dengar dia cerita saat bapak dia meninggal dunia tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni jelah kisah artis kat malaysia. Pasal tudung, aurat, anak...bosan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 13-10-2022 02:06 AM
Past is past...dah taubat..doa ...tawakal jer..Allah Maha Pengampun.
Aku sedih dengar dia cerita saa ...
Yang dia menangis tu rupanya dia cerita pasal bapak dia ingatkan pasal hijrah bagai semua tu.
Iols nak tunggu tengok episod Kak Ziana. Tu pun sedih jugak ada kisah cerai suami baran & anak ADHD |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la jawapan dia tu.
Dia pun relax & cool je tak meratib pasal hal tu di her socmed account.
Media saja yg sibuk tanya masa jumpa di event. |
|
|
|
|
|
|
|
lisa ni i okay je dengan dia yg sekarang, tapi circle dia tu takleh blah. Jahlop, tya si penjual jamu, pastu set2 artis yg acah good |
|
|
|
|
|
|
|
electricopop replied at 12-10-2022 01:05 PM
Benda tu normal kut. Past is past. Netizen patut paham je. Plus Lisa always berlakon watak watak yan ...
sheols baju je seksi sikit, takde la daring just jenis pakai singlet gitu. Tapi itupon i rasa dalam first few film je macam I’m Not Single, Cinta Stiletto & Lagenda Budak Setan |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm...
Kalau nak ikutkan hijrah dari segi pakaian ni, biasa je la kan.
Yang penting, hijrah hati, jiwa dan iman.
Itu semua antara kita dengan Allah.
Tak tahulah nak kata apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
nampak la bersungguh nak berhijrah ye
still trauma gambar peha dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|