CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Waduh Bertambah Encem Siot.." - Netizen Puji Gaya Potongan Rambut Baru KJ

12-10-2022 07:06 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7140| Komen: 80




Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ telah mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej baru.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pengguna yang menggunakan nama @paparazzimalaya berkongsi penampilan terbaharu KJ yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika hadir merasmikan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.


Video berdurasi kurang 20 saat memaparkan KJ melawat kawasan hospital dengan mengenakan kemeja putih dan gaya rambut pendek telah mengundang pujian wargamaya.




Bukan sahaja memuji penampilan terbaru KJ yang disifatkan lebih kemas dan segak malah rata-rata wargamaya masih menyokong KJ untuk kekal sebagai Menteri walaupun KJ sendiri masih belum pasti akan bertanding di kerusi Parlimen mana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Kredit foto : Utusan.com.my

Kredit foto : Utusan.com.my


Sekadar info,  Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada (PRU15) berikutan beliau telah diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 12-10-2022 04:37 AM
Gaya, mutu, keunggulan...
Quote rogayahtop 12-10-2022 05:13 AM
nak2 pru ni kena la tukar imej yg mesra pengundi, mesra kapitalis, bourgeois gitu. kalau menang br lah cultivate balik imej mesra WHO
Quote wikedsaikel 12-10-2022 05:32 AM
Style rambut rajnikan ni. Jap nk gugel betul ke idak.
Quote Acikgomen 12-10-2022 06:10 AM
@Syd ko tak dengar citer pape ke pasal kj
Quote jas7512 12-10-2022 06:12 AM
Encem ke kj ni..maybe i x minat org yg tall dark ni
Quote ghalibboy 12-10-2022 06:19 AM
Nampak bertambah dark
Quote rbmy 12-10-2022 07:00 AM
menteri begini la nak. tapi parlimen mana KJ? abis kalah tokmat d rembau kalau KJ takde
Quote immi 12-10-2022 07:26 AM
Tengok depan2 memang tall dark n ensem
Quote nikaido 12-10-2022 07:37 AM
KJ buat style homeless sejak BN kalah PRU14. skrg dah kembali gaya kemas, mesti yakin menang next PRU
Quote Atata 12-10-2022 07:51 AM
jas7512 replied at 12-10-2022 06:12 AM
Encem ke kj ni..maybe i x minat org yg tall dark ni

Hensem. Walaupun itam hahah. Cukup pakej tinggi cuma skrg dah tua
Quote putu 12-10-2022 07:53 AM
Terlampau kerja kuat ni snggup berpanas turun padang melihat masalah rakyat..tu la makin gelap
Quote sangbara2020 12-10-2022 07:54 AM
eiii...aku xminat betul dia nih....
Quote cm_vungtau 12-10-2022 08:02 AM
Teruk betul taste kalau macam KJ ni dikatakan hensem. Orang lain 40 plus elok aje lagi, dia ni aging not gracefully at all
Quote nikaido 12-10-2022 08:03 AM
immi replied at 12-10-2022 07:26 AM
Tengok depan2 memang tall dark n ensem

ko dah umur makcik2 ke? aku masa tengok polo sukan sea malaysia vs brunei dkt putrajaya dulu, mostly yg muda2 duk jerit prince mateen manakala yg makcik2 gomen obes je duk panggil2 KJ ni
Quote krustykrab 12-10-2022 08:07 AM
Ensem ke
Quote krustykrab 12-10-2022 08:08 AM
nikaido replied at 12-10-2022 08:03 AM
ko dah umur makcik2 ke? aku masa tengok polo sukan sea malaysia vs brunei dkt putrajaya dulu, most ...

Prince matern tu sbb kan anak raja je, kalau marhain selevel soeb jah
Quote bulalof 12-10-2022 08:29 AM
nampak la bijak sikit dia ni wpunnnnnnnnnnnnnnn........
Quote 3chanceno 12-10-2022 08:42 AM
Dah siap2 'muka poster' untuk pru

Tunggu seat mana wak jahit nak campak kayjay nie
Quote sarajevo 12-10-2022 08:45 AM
Akhirnya jumpa jugak barber shop si kj nih

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.376971 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top