Seorang lelaki 'hanyut' bersama lagu yang didengari menerusi fon kepala sehingga terjadinya perkara yang dianggap aneh.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter @Fahmibinhassan, lelaki itu sedang menunggu pelepasan dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu, Kelantan. Sambil menunggu masa berlalu kerana dia tiba awal dua jam dari masa pelepasan, dia mengaktifkan fon kepala Senheiser yang baru dibelinya dan maka bermulalah satu 'pengembaraan' yang luar biasa. Kakitangan syarikat penerbagan yang bertugas di pintu pelepasan menunjukkan ke arah kapal terbang yang perlu dinaikinya. Tanpa berlengah dia terus menapak ke pesawat yang sedang menanti. Katanya, sebelum pesawat berlepas lagi dia sudah terlelap dek penangan fon kepala yang padu itu. “Saya tidur, sampailah saya perasan pramugari lalu lalang bersedia untuk mendarat. Saya bangun. Gosok mata," katanya. Setibanya di lapangan terbang yang disangkakan sebagai Lapangan Terbang Kota Bharu itu, dia bergegas ke pintu keluar kerana kawannya sudah berjanji untuk menjemputnya. Rakannya itu meminta lelaki berkenaan mencari kereta Myvi miliknya tetapi malangnya tiada dan semua nombor plate kereta bermula dengan huruf K! Malah, orang sekeliling semua bercakap loghat utara. Selepas 20 minit menunggu, dia mula berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Sangsi dengan apa yang sedang berlaku, dia melangkah ke kaunter syarikat penerbangan untuk mendapatkan kepastian. Dan di situlah dia mendapat kejutan realiti selepas dia sedar yang dia sebenarnya di berada di Alor Setar dan bukannya di Lapangan Terbang Kota Bharu seperti mana destinasi yang tertera di tiketnya. Kakitangan syarikat penerbangan yang bertugas di situ juga tidak dapat memberikan penjelasan yang munasabah di atas insiden tersebut. Keesokan harinya, syarikat penerbangan memberikan tiket penerbangan percuma untuk perjalanan pulang lelaki itu ke Kuala Lumpur. “Pengajarannya, jangan terlampau yakin. Jangan pakai headphone masa pilot buat pengumuman. Jangan tidur sepanjang perjalanan,” katanya membuat kesimpulan ceritanya. Sumber: mStar
|
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk? bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…
Themilo replied at 12-10-2022 07:47 AM
dah tu, kalau tengah flight baru perasan, takkan la pilot nak patah balik hantar dia ke Subang semul ...
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk? bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk? bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…
Scheherazade replied at 15-10-2022 12:40 PM
Tu la aku pelik. Sbb aku penah je salah gate, staff yg check tu siap ckp, silap gate and x bg masu ...
uda replied at 11-10-2022 09:19 PM
Nak cepatlah tu.
Case my husband pulak. Dia sepatutnya balik eg 10 hb tapi dia ingat 9hb. Dengan ...
prettyuglybabe replied at 12-10-2022 10:13 AM
sebab domestik kot kena staff yang check betul-betul, sangkut la..
kena yang asal nampak rupa ...
eyansss replied at 15-10-2022 06:51 PM
serious la lepas... hahaha... ni mesti staff check ala kadar je... tengok destination name deng ...
eyansss replied at 11-10-2022 07:47 PM
tapi macamana boleh lepas masuk? bukan ke akan ada staff check ticket sebelum masuk…
ADVERTISEMENT